Ahad, 31 Januari 2021

Baddrol mahu julang Kedah di pentas Asia

MyMetroArena



Izzali Ismail

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar tekad membantu skuad Hijau Kuning melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2021 yang dijadual diadakan secara karnival pada awal Jun depan.

Walaupun sedar saingan sengit bakal menanti mereka, pemain berusia 32 tahun itu tetap yakin skuad pimpinannya mampu berdepan semua pencabar mereka.

Aksi Zon Asean dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun dengan saingan diadakan mengikut format 'round robin'. Ia menyaksikan KDA FC bakal berentap bersama tiga lagi pasukan dalam Kumpulan H.

Pasukan berkenaan adalah wakil Singapura, Lion City Sailors FC, Saigon FC dari Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan menerusi aksi play-off sama ada dari Indonesia, Timor Leste atau Kemboja.

"Saya melihat KDA FC berada dalam kumpulan yang agak sengit sebab diundi bersama kelab Lion City dan Saigon. Kita tahu dua pasukan itu adalah kuat dan bertaraf naib juara liga kebangsaan masing-masing.

"Walaupun sekarang ini kita tahu dunia masih dihimpit dengan masalah pandemik Covid-19, saya dan rakan seperjuangan tetap fokus menjalani latihan.

"Saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukan dalam saingan Piala AFC musim ini.

"Apa yang paling penting, kami kena anggap tahun ini sebagai satu cabaran sukar. Seperti dimaklumkan AFC, kejohanan tahun ini akan berlangsung secara karnival di venue berpusat, dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.

"Sudah tentu keadaan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental," katanya dalam kenyataan menerusi laman media rasmi KDA FC.

Baddrol yang bergelar legenda Kedah dan merangkul Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011 hingga 2020 berkata selain semangat tinggi, sokongan dan doa daripada seluruh penyokong Kedah juga diharapkan untuk mencapai kejayaan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 10:03 PM

Sabtu, 30 Januari 2021

Helang Merah sasar separuh akhir

 SUKAN



BADDROL percaya pasukannya mampu melakar kejutan mara ke separuh akhir Piala AFC biarpun diundi bersama pasukan-pasukan yang dianggap mencabar.

Helang Merah sasar separuh akhir

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

31 Januari 2021, 10:10 am


KAPTEN Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar enggan mensia-sia kelebihan beraksi di pentas Piala AFC tahun ini dengan meletakkan sasaran awal layak ke pe­ringkat separuh akhir kejohanan berprestij kedua benua Asia itu.

Helang Merah diundi dalam Kumpulan H bersama Lions City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC (Vietnam) dan salah satu daripada tiga pasukan playoff antara Persipura Jayapura (Indonesia), Visakha (Kemboja) atau Lalenok United (Timor Leste).

Baddrol, 32, mengakui, sai­ngan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja diundi dalam kumpulan yang dianggap sengit tetapi­ bakal mengharungi Piala AFC 2021 dengan format karnival secara berpusat bermula 22 hingga 28 Jun depan.

Lions City dan Saigon bertaraf tiga pasukan terbaik di negara masing-masing. Namun, saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk layak ke perlawanan akhir zon ASEAN dan seterusnya ke separuh akhir Piala AFC 2021.

Kami perlu menganggap tahun ini adalah satu cabaran yang sukar kerana dimaklumkan akan beraksi di venue berpusat ­dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari ini.

Kami perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Saya berharap para penyokong terus memberikan sokongan padu untuk kami membawa satu persaingan positif buat pasukan Kedah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagaimanapun, laluan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu dilihat berliku kerana perlu menjuarai Kumpulan H, separuh akhir dan final zon ASEAN terlebih dahulu untuk muncul empat pasukan beraksi di separuh akhir playoff Inter-zon.

Helang Merah perlu berentap dengan pemenang dari rantau Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Timur dalam misi menjua­rai playoff Inter-zon untuk me­nempah pertemuan menghadapi juara benua Asia Barat di pentas final Piala AFC 2021.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Jumaat, 8 Januari 2021

Baddrol ikon kempen norma baharu

 SUKAN



BADDROL menunjukkan cara membersihkan tangan pada Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Kedah dan Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu di Alor Setar Kedah semalam.

Baddrol ikon kempen norma baharu

Oleh SOPI SAMAILE

8 Januari 2021, 10:15 am

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

KAPTEN Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai Ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu sempena Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Kedah di Alor Setar semalam.

Perasmian kempen tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor di Dataran Wisma Darul Aman.

Baddrol, 32, yang memiliki karakter influencer dipilih dalam kempen itu bagi memastikan pematuhan norma baharu dalam kalangan orang ramai ketika berdepan pandemik Covid-19.

Baddrol berkata, beliau berharap menjadi ikon seluruh rakyat Kedah mahupun Malaysia dalam mengalakkan masyarakat mematuhi saranan kerajaan termasuk berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

Saya harap semua kekalkan SOP apabila berada di luar kawasan dan tunjukkan sikap positif untuk kita putuskan rantaian Covid-19 ini,” katanya yang telah menerima Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011-2020 baru-baru ini.

Menyentuh tentang persiapan pasukan KDA FC, Baddrol mempercayai gandingan baharu dan lama dalam pasukan tersebut mampu memperkukuhkan prestasi pasukan bagi mengharungi musim akan datang.

Dalam tempoh 10 hari berlatih, kami masih mencari keserasian. Insya-Allah, kami tetap bagi yang terbaik untuk saingan 2021.

Kita harap sesuatu yang positif dan kami akan berusaha memberi saingan terbaik. Muka baharu, muka lama yang kembali bersama Kedah diharapkan memberikan sesuatu yang cemerlang untuk Hijau Kuning,” katanya.SUMBER-KOSMO ONLINE

Khamis, 7 Januari 2021

Baddrol yakin gandingan pasukan Kedah

MyMetroArena



Noorazura Abdul Rahman

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin gandingan pemain lama dan baharu mampu memperkuatkan lagi pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Katanya, sehingga kini pasukan terbabit masih dalam peringkat mencari dan membentuk keserasian di antara pemain lama dan baharu namun tetap akan untuk memberikan yang terbaik untuk Kedah.

"Masih awal hendak beri komen kerana kami baru 10 hari menjalani latihan bersama, jadi keserasian itu masih dicari tetapi akan tetap beri yang terbaik untuk saingan 2021 dan mengharapkan sesuatu yang positif untuk pasukan Hijau Kuning.

"Saya juga berharap pemain lama yang kembali dengan pasukan Kedah dapat mempamerkan prestasi yang cemerlang untuk membantu pasukan bermain dengan lebih baik," katanya ketika ditanya mengenai keserasian antara pemain dalam pasukan Kedah 2021.

Terdahulu, Baddrol dipilih sebagai Ikon Kempen Pembudayaan Norma Baharu Negeri Kedah pada Perhimpunan Pagi Penjawat Awam di Wisma Darul Aman yang dihadiri Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum ini, laman rasmi Kedah Darul Aman (KDA) FC melaporkan pengendali Aidil Sharin Sahak kekal membimbing skuad Hijau Kuning untuk musim depan dan beberapa pemain turut dikekalkan antaranya Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Shahril Sa'ari, Faizat Ghazli, Zulkhairi Zulkepli, Azammuddin Akil, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman.

Skuad bimbingan Aidil Sharin itu turut dikhabarkan bakal mengekalkan trio pemain import bagi saingan musim 2021.

Tiga pemain import berkenaan ialah duo serangan, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan pemain pertahanan, Renan Alves.Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor turut memberi bayangan skuad KDA FC musim 2020 jauh lebih mantap dan mampu menjadi antara pasukan terbaik di negara ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 2:34 PM

Isnin, 4 Januari 2021

Baddrol menang Anugerah Pemain Terbaik Sedekad Kedah

Oleh Izzali Ismail - Januari 4, 2021 @ 5:21pm

sukanbh@bh.com.my



Baddrol Bakhtiar jadi pilihan peminat Kedah. - Foto ihsan FB KFA

ALOR SETAR: Baddrol Bakhtiar membuktikan beliau adalah legenda terunggul skuad Lang Merah apabila dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Sedekad Kedah antara 2011 hingga 2020.

Anugerah berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan mendapat tajaan Lotto My dengan proses pemilihan dilakukan secara dalam talian selama dua hari bermula 29 Disember lalu.

Hasil keputusan undian daripada lebih 3,000 peminat menyaksikan Baddrol yang terkenal dengan panggilan BB7 dan melakukan 355 penampilan bersama Kedah dengan 116 gol, meraih sokongan sebanyak 76.6 peratus.

Jumlah undian yang diterimanya jelas jauh meninggalkan pesaingnya yang lain. Pemain lain seperti seperti Liridon Krasniqi hanya mendapat tujuh peratus, Khairul Helmi Johari (3.6 peratus), Khyril Muhymeen Zambri (3.9 peratus) dan Ken Ilso (3.5 peratus).

Pemain lain termasuk Sandro Da Silva sebanyak 2.5 peratus, Bang Seung Hwan dan Chidi Edeh (0.9 peratus), Safi Abdel Fatah (0.8 peratus) dan Billy Mehmet (0.3 peratus).

"Tahniah BB7, anda seorang legenda pasukan Kedah. Hanya satu kelab dalam karier beliau dan bermain merentasi dua dekad melalui penglibatannya dalam bolasepak," kata kenyataan yang dikeluarkan Media KFA.

KFA turut merakamkan penghargaan kepada semua penyokong bola sepak skuad Hijau Kuning untuk mencalonkan Pemain Terbaik pilihan penyokong dari 2011-2020.

Katanya, sepanjang 10 tahun lalu, Kedah meraih banyak kejuaraan seperti Liga Perdana pada 2015, Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih dan Piala FA 2017 serta Piala FA 2019 selain naib juara Liga Super 2020 dan layak ke Piala AFC musim 2021.SUMBER-BH ONLINE

BB7 legenda terunggul Kedah

MyMetroTopic



Izzali Ismail

sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Baddrol Bakhtiar dengan gelaran BB7 membuktikan dia merupakan legenda paling unggul Kedah untuk sedekad apabila meraih pilihan tertinggi dalam senarai Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011 hingga 2020 untuk Kedah (Player Of The Decade 2011-2020).

Anugerah dikelolakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan LOTTO MY selaku penaja berlangsung selama dua hari menerusi proses pemilihan secara dalam talian bermula 29 Disember dan tamat 31 Disember lepas.

Hasil keputusan undian daripada lebih 3,000 peminat menyaksikan pemain senior yang mencatat 355 penampilan bersama Kedah dengan rekod 116 gol itu meraih undian tertinggi sebanyak 76.6 peratus seperti diumumkan Media KFA semalam.

Antara calon tersenarai dan meraih undian peminat termasuk bekas pemain Kedah seperti Liridon Krasniqi yang mendapat 7 peratus undian, Khairul Helmi Johari 3.6 peratus, Khyril Muhymeen Zambri 3.9 peratus, Ken Ilso 3.5 peratus, Sandro Da Silva 2.5 peratus, Bang Seung Hwan dan Chidi Edeh masing-masing 0.9 peratus, Safi Abdel Fatah 0.8 peratus dan Billy Mehmet 0.3 peratus.

"Tahniah BB7, anda legenda pasukan Kedah, hanya satu kelab dalam karier beliau dan bermain merentasi dua dekad melalui penglibatannya dalam bola sepak," menurut ucapan yang dikeluarkan Media KFA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 2:51 PM