Sabtu, 31 Ogos 2019

Baddrol Pemain Terbaik Jun

 BADDROL BAKHTIAR
BADDROL BAKHTIAR
19 Ogos 2019 8:20 PM

ALOR SETAR 19 Ogos - Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my bagi bulan Jun.

Baddrol mendapat undian tertinggi iaitu 9,836 undi menewaskan pemain Selangor FA, Ifedayo Olusegun yang memperoleh 6,037 undi diikuti pemain Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov (4,235 undi), pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid (2,076 undi) dan Ronaldo Henrique Silva dari Perak FA yang memperoleh 2,051 undi.


Baddrol yang kali ketiga merangkul anugerah tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, trofi, sebingkai gambar, jersi khas dan gel sukan yang disampaikan Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Sementara itu, Baddrol berkata anugerah yang diterima hari ini akan menjadi motivasi buat dirinya untuk bermain dengan sepenuh hati pada perlawanan Piala Malaysia menentang PKNS FC malam esok di Stadium Darul Aman.

“Ini merupakan anugerah buat pasukan Kedah dan bukan atas individu kerana pasukan serta pengurusan telah banyak membantu saya. Ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk memantapkan pemainan esok dan fokus utama adalah untuk memperoleh tiga mata penuh.

“Esok kita main di laman sendiri jadi tiada tekanan dan kami (pasukan) nekad dan impikan kemenangan mata penuh. Siapa pun yang akan turun bermain esok, saya harap dapat main dengan penuh semangat sepanjang tempoh perlawanan,” katanya. – BERNAMA SUMBER- UNTUSAN ONLINE 19 Ogos 2019 8:20 PM



Khamis, 8 Ogos 2019

Tonik baharu Harimau Malaya


| | 2 Ogos 2019


Baddrol Bakhtiar & J Partiban
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sedia membuka pintu kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain sayap lincah Perak, J Partiban mengikuti kem latihan pusat menjelang Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 dan 10 September depan.

Partiban yang terkenal dengan gelaran Kinta Express dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus telah menampilkan prestasi cemerlang sepanjang saingan Liga Super musim ini sehingga berjaya memukau Cheng Hoe ketika aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

“Ramai yang mengatakan Partiban bermain begitu baik dan saya juga nampak (aksi cemerlang Partiban). Bukan pada final Piala FA sahaja, malahan dalam liga (Liga Super) juga dia bermain agak konsisten,” kata Cheng Hoe.

Pada masa sama, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyenaraikan Baddrol bersama Harimau Malaya selepas kapten skuad Lang Merah itu diketepikan dalam beberapa tugasan antarabangsa.

“Bagi saya, Baddrol juga bermain dengan begitu baik. Setiap pemain yang berpotensi, tidak kira pemain muda atau senior, semua akan diberi peluang jika bersesuaian dengan (corak permainan) pasukan,” jelasnya.


SUMBERArtikel Penuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/41050/BERITA/Sukan/Tonik-baharu-Harimau-Malaya© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf