| | 2 Ogos 2019
Baddrol Bakhtiar & J Partiban
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan
Cheng Hoe sedia membuka pintu kepada kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dan pemain
sayap lincah Perak, J Partiban mengikuti kem latihan pusat menjelang Pusingan
Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia dan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 5 dan 10 September depan.
Partiban yang terkenal dengan
gelaran Kinta Express dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus telah menampilkan
prestasi cemerlang sepanjang saingan Liga Super musim ini sehingga berjaya
memukau Cheng Hoe ketika aksi final Piala FA menentang Kedah di Stadium Nasional,
Bukit Jalil Sabtu lalu.
“Ramai yang mengatakan Partiban
bermain begitu baik dan saya juga nampak (aksi cemerlang Partiban). Bukan pada
final Piala FA sahaja, malahan dalam liga (Liga Super) juga dia bermain agak
konsisten,” kata Cheng Hoe.
Pada masa sama, Cheng Hoe tidak
menolak kemungkinan untuk kembali menyenaraikan Baddrol bersama Harimau Malaya
selepas kapten skuad Lang Merah itu diketepikan dalam beberapa tugasan
antarabangsa.
“Bagi saya, Baddrol juga bermain
dengan begitu baik. Setiap pemain yang berpotensi, tidak kira pemain muda atau
senior, semua akan diberi peluang jika bersesuaian dengan (corak permainan)
pasukan,” jelasnya.
SUMBERArtikel Penuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/41050/BERITA/Sukan/Tonik-baharu-Harimau-Malaya©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan