MyMetroNode

BERNAMA
Kuala Lumpur: Ketua jurulatih
pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 23 pemain ke
latihan pusat menjelang perlawanan menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.
Latihan pusat akan diadakan di
Wisma FAM di Kelana Jaya bermula Isnin depan sehingga 20 Mac sebagai persiapan
untuk aksi persahabatan menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila
pada 22 Mac.
Skuad Harimau Malaysia menghadapi
cabaran getir menentang Korea Utara pada aksi sulung pusingan kelayakan
terakhir Piala Asia 2019 itu.
Venue bagi perlawanan itu akan
diumum oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) esok, ekoran permohonan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue neutral atas
faktor keselamatan.
Bagi panggilan kali ini, Kim Swee
mengekalkan sebahagian skuad Piala Suzuki AFF 2016 di Yangon, Myanmar pada
November lalu dengan 18 pemain dikekalkan dan lima pemain ditukar menurut
kenyataan FAM, hari ini.
Lima pemain digugurkan ialah
penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Irfan Fazail (JDT II), Ahmad
Fakri Saarani (Kedah), Darren Lok (JDT) dan Norshahrul Idlan Talaha (Felda
United).
Mereka digantikan dengan penjaga
gol Felda United Mohd Farizal Harun, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Khair
Muhammad Jefri Jones (Melaka), Mohamad Nasir Basharudin (Perak) dan Muhammad
Akram Mahinan (Kedah) untuk melengkapkan skuad.
Kesemua pemain itu perlu
melaporkan diri kepada Kim Swee pada Isnin ini kecuali dua pemain JDT (Rabu)
dan dua pemain Felda United (Khamis) kerana terbabit dengan aksi Piala AFC 2017
dengan kelab masing-masing.
Menurut kenyataan itu, purata
umur bagi senarai skuad kali ini ialah 28.0 tahun. Tujuh pemain berusia 25
tahun dan ke bawah dengan sembilan pemain berusia 26-29 tahun serta tujuh
pemain berusia 30 tahun dan ke atas.
23 pemain terbabit ialah Hafizul
Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim,
Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak
(kesemuanya Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol
Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).
Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad
Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun, Muhammad Hadin Azman (Felda United),
Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S
Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka
United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun (Sarawak).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 9 Mac 2017 @ 4:55 PM