MyMetroArena
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
DUA pemain Kedah, Baddrol
Bakhtiar dan Rizal Ghazali serta Aidil Zafuan Abdul Razak dari Johor Darul
Ta'zim mendapat kepercayaan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuatkan
skuad bawah 23 tahun negara (B-23) bagi mengharungi saingan Sukan Asia 2018 di
Indonesia bulan depan.
Tiga pemain berpengalaman itu
melengkapkan kuota pemain lebih umur dalam senarai 24 pemain yang dipanggil
bagi menjalani latihan pusat bermula 30 Julai ini sebelum kejohanan bermula
pada 14 Ogos hingga 1 September nanti.
Menurut Kim Swee, beliau
mempunyai alasan tersendiri untuk memanggil Baddrol yang bakal menerajui
bahagian tengah manakala kudrat Aidil dan Rizal bakal digunakan untuk melindungi
benteng pertahanan.
“Bagi kuota pemain lebih umur
pula, saya melihat Baddrol sebagai seorang pemain yang serba boleh dan mampu
beraksi di banyak posisi, Aidil pula memiliki kepimpinan dan pengalamannya
diperlukan bagi mengemudi barisan pertahanan manakala Rizal boleh beraksi di
pertahanan kanan dan sayap kanan selain dia juga berpengalaman.
“Saya tidak mengambil pemain
lebih umur di posisi penyerang kerana saya percaya dengan kemampuan pemain muda
untuk mengambil tanggung jawab di bahagian serangan,” katanya.
Daripada senarai 24 pemain itu,
Kim Swee mengekalkan 17 daripada skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta
sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu.
Empat pemain baru yang
disenaraikan terdiri daripada Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang),
Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil
(Kuala Lumpur).
Bagaimanapun, daripada 24 pemain
itu, hanya 20 pemain terbaik akan berada dalam senarai akhir pendaftaran pemain
ke Sukan Asia 2018.
“Selepas melapor diri di Wisma
FAM pada 30 Julai, kita akan berlepas ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi
menghadapi perlawanan persahabatan bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali
ke tanah air pada 6 Ogos.
“Kemudian kita akan meneruskan
kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan
menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual
asal Sukan Asia 2018, kita akan berada di Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan
pertama yang dijadual pada 14 Ogos,” katanya.
Sementara itu, enam pemain
diletakkan dalam senarai menunggu jika ada mana-mana di kalangan 24 pemain di
atas mengalami kecederaan iaitu Adib Zainudin (JDT), Akhyar Rashid (Kedah), R
Kogileswaran (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Evan Wensley Weveslaus (Sabah) dan
Syahmi Safari (Selangor).
Pada kempen Sukan Asia, Malaysia
diundi menentang Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E.
SENARAI PEMAIN SKUAD B-23
- PENJAGA GOL
Haziq Nadzli, 20, JDT
Ifwat Akmal Chek Kassim,22, Kedah
Khatul Anuar MD Jalil, 21, Kuala
Lumpur
- PERTAHANAN
Dominic Tan, 21, JDT
Adam Nor Azlin, 22, JDT
Aidil Zafuan Abd Radzak, 31, JDT
*
Rizal Ghazali,26, Kedah *
Matthew Davies, 23, Pahang
Irfan Zakaria, 23, Kuala Lumpur
Syazwan Andik Ishak, 22, Kuala
Lumpur
Rodney Celvin Akwensivie, 22,
PKNS FC
Syazwan Zaipol Bahari, 23, Perak
Tommy Mawat Bada, 22, PJ Rangers
FC
- TENGAH
Syamer Kutty Abba, 21, JDT
Baddrol Bakhtiar, 30, Kedah *
Nor Azam Azih, 23, Pahang
Faisal Abdul Halim, 20, Pahang
Danial Amier Norhisham, 21, FELDA
United
Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19,
Kelantan
- PENYERANG
Safawi Rasdi, 21, JDT
Syafiq Ahmad, 23, JDT
Hadi Fayyadh Abdul Razak,18, JDT
II
Jafri Firdaus Chew, 21, PKNS FC
N Thanabalan, 23, Negeri Sembilan
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 18 Julai 2018 @ 10:00 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan