MyMetroArena

Azidan Nahar dan Azlan Muhammad
Zain
sukanteam@nstp.com.my
TIDAK kira skuad mana yang
dihantar Jepun ke Sukan Asia 2018, kapten negara, Baddrol Bakhtiar tidak
memandang mudah aksi menentang negara Asia Timur itu.
Skuad B-23 negara kendalian Datuk
Ong Kim Swee dijadual menentang skuad B-21 Jepun pada Jumaat ini dalam misi
memburu tiket ke suku akhir.
"Bagi saya, Jepun tidak
boleh dipandang rendah, mereka sudah lama dibentuk. Sudah pasti ia akan
memberikan kelebihan dalam aspek itu.
"Selepas melihat sendiri
aksi mereka tempoh hari, saya berpandangan Jepun sebuah pasukan yang mempunyai
semangat juang yang tinggi serta pertahanan yang ketat.
"Kita akan mengintai dan
mencari kelemahan mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
"Saya harap kami mampu
melakar satu lagi keajaiban untuk menang," jelas pemain berpengalaman itu.
Sebelum ini, Malaysia melakar
kejutan menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E.
Menurutnya, skuad negara perlu
bermain sebagai sebuah pasukan seperti sebelum ini selain mengikut perancangan
Kim Swee dalam misi penting ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain
malam tadi dalam aksi terakhir Kumpulan E namun tidak mengubah sebarang
kedudukan kerana skuad negara sudah mengesahkan kedudukan sebagai juara
kumpulan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 21 Ogos 2018 @ 1:29 PM