MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
FAKTOR cuaca dan enam pemain
mengalami demam antara cabaran dilalui skuad Kedah dalam menghadapi saingan
pramusim yang berlangsung di Kemboja bermula 5 Januari lalu.
Menurut ketua jurulatih skuad
Lang Merah, Aidil Sharin Sahak, beliau tetap melakukan percaturan terbaik bagi
melengkapkan siri jelajah pramusim yang cuma berbaki satu lagi perlawanan iaitu
menentang Phnom Penh esok meskipun berdepan cabaran kesihatan dan cuaca.
"Suhu panas mencecah 36°c
dan enam pemain demam memaksa saya membuat perancangan sewajarnya dalam usaha
memantapkan pasukan. Sepanjang pramusim ini, enam pemain iaitu Kpah Sherman,
Amin Nazari, Shakir Hamzah, Renan Alves, Tam Sheang Tsung dan David Rowley
mengalami demam.
“Namun dengan pertukaran pemain
dalam perlawanan, segala perancangan berjalan lancar sepanjang empat perlawanan
setakat ini," katanya.
Dalam tiga perlawanan pramusim
dilalui Kedah di Kemboja sebelum ini, skuad Lang Merah bermula dengan
kemenangan selepas menewaskan Visakha 1-0 hasil jaringan Zaquan Adha pada 7
Januari lalu.
Mereka tewas kepada kelab yang
menduduki tangga kedua liga Cambodia, Nagaworld FC pada 9 Januari dengan 2-3
melalui gol sumbangan Kipre Tchetche dan Hadin Azman.
Aksi ketiga pada Jumaat lalu
menyaksikan Kedah kembali bangkit menewaskan Boeung Ket FC 4-1 hasil jaringan
hatrik Kpah Sherman dan Zaquan Adha.
Kedah kini berada pada fasa akhir
pramusim bagi merebut Piala Smart RSN 2020 dan mengatur langkah kanan
menewaskan Angkor Tiger FC 1-0 dan seterusnya melengkapkan saingan bertemu tuan
rumah kejohanan iaitu Phnom Penh Crown FC esok.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 13 January 2020 @ 10:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan