MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

ALOR SETAR:
Nasib dua pemain senior Kedah Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari terus
menjadi tanda tanya samada mereka akan terus kekal atau tiada dalam perancangan
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) musim 2019.
Persoalan itu
tercetus apabila tersebar di media sosial memaklumkan selepas pengguguran lima
pemain import pasukan Kedah, dua lagi tonggak penting iaitu Badd dan Keon turut
akan digugurkan sekali gus mencetuskan kerisauan di kalangan penyokong Kedah
yang mahukan penjelasan sebenar daripada pengurusan KFA sendiri.
Menurut wakil
jurucakap Kelab-Kelab Penyokong Kedah yang juga Presiden Kelab Penyokong Jaguh
Utara (JUFC) Safarizal Mohd Sobri, status dua pemain senior Kedah itu
ditimbulkan oleh sesetengah pihak bagi tujuan mendapat perhatian di media sosial
sementara keputusan belum diputuskan secara rasmi oleh KFA.
"Kami
mahu semua pihak terutama penyokong bertenang dan menunggu pengumuman yang akan
dilakukan KFA sendiri.
"Setiausaha
Kehormat KFA juga telah memaklumkan berkaitan tarikh mesyuarat exco pada 7
November ini (Rabu) dan Aidil Sharin selaku bakal jurulatih musim 2019 dan
pembantunya Victor Andrag akan membentangkan semua persiapan pasukan Liga Super
Kedah bagi musim 2019."
"Jadi
kepada semua penyokong, saya harap tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin
yang disebarkan itu dan biarlah KFA membuat pengumuman yang sah selepas
berunding dengan panel kejurulatihan yang baharu,” kata Safarizal.
Sehingga kini
semua status pemain tempatan untuk musim 2019 belum lagi dimaklumkan dan
persoalan ini menjadi penantian seluruh penyokong Kedah sebelum pihak KFA
memutuskan keputusan akhir.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 5 November 2018 @ 11:59 AM