MyMetroArena
BERNAMA

KAPTEN Kedah,
Baddrol Bakhtiar berharap skuad Lang Merah dapat mempertahankan rekod tanpa
bolos bermain di tempat sendiri menjelang aksi sengit bertemu juara Liga Super,
Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam esok.
Bekas pemain kebangsaan
itu bagaimanapun sedar ia bukan satu tugas mudah berdepan JDT yang memiliki
rekod jaringan cemerlang selepas meledak 16 gol sepanjang enam perlawanan.
Sebagai rekod,
Kedah menang 4-0 ke atas FELDA United dan seri tanpa jaringan dengan PKNS FC dalam
dua aksi di Darul Aman setakat ini.
“Sudah pasti
aksi bertemu JDT sentiasa memberikan saingan dan saya harap kami masih berupaya
mempertahankan rekod tanpa bolos di Darul Aman.
“Ia sedikit
sebanyak memberikan motivasi kepada kami tapi kami sedar ia bukan satu tugas
mudah kerana JDT memiliki rekod jaringan yang lebih baik tapi kami bersedia
untuk merakam keputusan positif,” katanya.
Dalam pada
itu, Baddrol berharap aksi berdepan skuad Harimau Selatan dapat dijadikan medan
kebangkitan Kedah selepas tewas 0-1 di tangan Pahang di Kuantan 8 Mac lalu.
“Kedah mahu
kekal lebih konsisten dan saya akui kecewa apabila kami tewas kepada Pahang
pada perlawanan terdahulu dan sudah pasti Kedah mahu mendapatkan tiga mata
bertemu JDT.”
Kedah kini
menghuni tangga ketiga Liga Super dengan 11 mata manakala JDT dan Pahang berada
di tangga pertama dan kedua dengan 16 dan 14 mata selepas enam perlawanan.
sumberArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 11:20 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan