Sabtu, 6 Mac 2021

Pemain sudah beri yang terbaik- Aidil Sharin

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.myIskandar Puteri: Meskipun tewas dan gagal membawa pulang Piala Sultan Ahmad Shah, pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak tetap memuji pemainnya terutama barisan pertahanan.

Aidil Sharin berkata, kelibat empat pemain tempatan, Rodney Celvin Akwensivie, Syazwan Tajuddin, Rizal Ghazali dan Fairuz Zakaria tidak kekok menghalang gerakan berbahaya barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Walaupun tumpas 0-2 kepada skuad Harimau Selatan pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi, pengendali dari Singapura itu tetap bangga barisan pemainnya yang berusaha beri tentangan.

"Di sebalik penguasaan JDT, saya tetap berpuas hati dengan barisan pemain pertahanan yang dibarisi pemain tempatan selepas kami kehilangan Renan (Alves) akibat kecederaan dan mereka menyerap tekanan dan mematahkan serangan berbahaya pasukan lawan.

"Pemain muda seperti Fairuz (Zakaria) bertindak baik untuk menghalang gerakan berbahaya Safawi (Rasid) malah Syazwan (Tajuddin) dan Rodney (Celvin Akwensivie) juga membentuk kekuatan benteng pertahanan.

"Namun akhirnya kita terpaksa menerima hakikat JDT lebih mantap ditambah pula kelebihan beraksi di laman mereka sendiri dan jangan lupa mereka memiliki ramai pemain kebangsaan tapi kami cuba beri tentangan dalam perlawanan itu," katanya.

Aidil Sharin tetap menerima kekalahan dengan hati terbuka dan ia bukanlah titik noktah sebaliknya bakal beri kekuatan untuk bangkit pada aksi seterusnya dengan mengkaji lebih mendalam kelemahan yang perlu diperbaiki.

Katanya barisan pemain KDA FC kebanyakan muka baharu berbanding skuad bimbingan Benjamin Mora yang sudah beraksi bersama sejak tiga musim lalu dan sudah tentu keserasian antara setiap pemain lebih mantap.

"Bagi KDA FC, kami perlu membentuk kombinasi yang lebih konsisten memandangkan persiapan pada musim ini agak tidak mencukupi kerana dalam permainan bola sepak untuk mendapat keserasian memerlukan masa dan kami harus berkerja lebih keras lagi.

"Apapun pemain saya sudah beri yang terbaik walaupun dalam tempoh singkat persiapan berdepan JDT dan kami akan cuba meningkatkan kualiti permainan dalam setiap aksi yang diharungi dan ia perlawanan pertama menentang pasukan kuat dan bukan mudah," kata Aidil Sharin.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 12:42 PM

KDA FC ikrar kembali rampas gelaran juara


| | 04 Mac 2021




Baddrol Bakhtiar (kanan) bersama Aidil Sharin Sahak bergambar bersama Piala Sumbangsih 2021 yang menjadi rebutan antara pasukan JDT dan KDA FC pada sidang media sebelum kejuaraan itu yang dijadualkan berlangsung malam esok di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. - Foto Bernama
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) tekad memulakan saingan Liga Super 2021 dengan bergaya ketika skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu mencari peluang untuk menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.
Aidil Sharin berkata, keputusan memberangsangkan pada perlawanan pertama itu memberi nilai tambah dalam usaha KDA FC untuk mengekalkan prestasi terbaik sepanjang musim ini.
"Saya hanya perlu banyak memberikan motivasi kepada pemain untuk perlawanan yang pertama dalam musim ini. Anda harus memulakan aksi cemerlang untuk perlawanan pertama musim ini, Insya-Allah, sebagai jurulatih, itulah tugas saya (beri motivasi).
"... dan saya juga mempunyai kapten dan pemain senior yang berpengalaman dan dapat memberi galakan kepada pemain muda seperti musim lalu dengan banyak masalah berlaku," katanya dalam sidang media praperlawanan di Iskandar Puteri pada Khamis.
Walaupun kedua-dua pasukan hanya mempunyai tempoh kira-kira tiga minggu untuk membuat persiapan menjelang awal musim baharu, Aidil Sharin berkata, tempoh tersebut telah dimanfaatkan untuk memperbaiki kelemahan pemain sekali gus membina persefahaman pasukan.
"Semua orang tahu bahawa pramusim belum boleh jadi terbaik ... dengan persiapan dalam tempoh dua atau tiga minggu, tetapi kami telah dapat memperbaiki masalah kami. Kesilapan yang kami lakukan ketika pramusim, jadi pastinya pemain akan belajar dan mudah-mudahan kami akan melakukan yang terbaik untuk perlawanan yang akan datang,” tambahnya.
Menurut beliau, perkara yang penting bagi pasukan kini adalah untuk mempamerkan aksi terbaik di atas padang nanti.
Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat menyaksikan kedua-dua pasukan bertembung buat kali keempat di pentas itu sejak lima musim lepas, dengan dua kemenangan edisi 2018 dan 2020 menjadi milik JDT manakala KDA FC menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti pada edisi 2017.
Sementara itu, ketua pasukan KDA FC, Baddrol Bakhtiar berkata, kenangan menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih menewaskan JDT akan dijadikan panduan dalam memburu kejayaan esok.
“Mungkin kemenangan itu kami akan bawa pada tahun ini sebagai satu semangat baharu dalam norma baharu. Saya dan rakan-rakan akan berikan terbaik pada, malam esok.
“Tiada sebarang tekanan dirasai dan kami hanya fokus pada perlawanan dan memberikan terbaik,” katanya. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/126908/BERITA/Sukan/KDA-FC-ikrar-kembali-rampas-gelaran-juara© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf