23 FEBRUARI 2017
Baddrol Bakhtiar Baddrol
Bakhtiar
KAPTEN pasukan Kedah, Baddrol
Bakhtiar tekad untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan Liga Super bagi
musim 2017.
Walaupun bukan mudah, beliau
berkata setiap jaringan dari pemain adalah amat penting bagi memastikan pasukan
menang seterusnya mengutip tiga mata penuh.
"Jika peluang terhidang
saya akan jaringkan gol kerana jaringan yang akan menentukan kemenangan pasukan
saya dan seterusnya berada di takhta liga dengan selesa.
"Insya-ALLAH pada
perlawanan Liga Super bertemu Pulau Pinang pada Sabtu ini saya akan
menghasilkan sesuatu untuk memastikan Kedah kekal di tangga teratas liga,"
katanya ketika ditemui sewaktu program ramah mesra dengan pemain Kedah sempena
Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, di sini hari
ini.
Turut hadir beberapa pemain
Kedah seperti Mohd Rizal Ghazali, Mohd Ifwat Akmal, Muhammad Farhan Roslan,
Muhammad Shafiq Ahmad dan Abdul Halim Saari.
Setakat ini, Baddrol telah
berjaya menjaringkan empat gol pada saingan Liga Super iaitu ketika bertemu
JDT, Sarawak, Pahang dan Kelantan hingga membantu Kedah berada di kedudukan
teratas liga dengan 11 mata. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23
FEBRUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan