
Baddrol melawat Muhammad Faridz
di USM, Kepala Batas. FOTO HM/IHSAN PEMBACA
Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
PEMAIN senior Kedah, Baddrol
Bakhtiar teruja dapat menunaikan hasrat peminatnya ciliknya, Muhammad Faridz
Izwan Abu Seman, 12, untuk bertemu dengannya, hari ini.
Murid tahun enam Sekolah
Kebangsaan Kuala Perlis itu adalah pesakit kanser hidung tahap empat dan kini
menjalani rawatan kimoterapi di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju,
Universiti Sains Malaysia, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Menurut Baddrol, sebaik
mengetahui berita Muhammad Faridz Izwan melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad
lalu, dia terus merancang untuk melawatnya sebaik pulang dari Melaka semalam.
"Alhamdulillah hari ini
saya sempat melawat dia (Faridz). Saya terharu dengan semangat yang ditunjukkan
oleh Faridz sebagai penyokong pasukan Kedah dan menjadikan saya sebagai
idolanya.
"Saya mendoakan kesihatan
Faridz kembali normal dan seterusnya pulih daripada penyakit dialaminya,"
katanya ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar,
hari ini.
Baddrol berkata, dia kagum
dengan semangat Muhammad Faridz Izwan melawan penyakit dihidapinya.
"Faridz mempunyai semangat
juang yang tinggi melawan penyakitnya dan saya berharap dengan kekuatan dan
semangat itu dapat membantunya pulih," katanya yang meluangkan masa sejam
bersama kanak-kanak terbabit.
sumberArtikel ini disiarkan
pada : Khamis, 13 Julai 2017 @ 9:32 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan