Jumaat, 2 Februari 2018 | 7:26pm

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar
(kanan) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan bagi persiapan perlawanan
Piala Sumbangsih 2018 di Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. - Foto
Hairul Anuar Rahim
Baddrol tetap gementar turun aksi
pertama
Oleh Rizar Mohd Noor
sukateam@nstp.com.my
Johor Bahru: Kapten Kedah,
Baddrol Bakhtiar tidak menafikan betapa perasaan gementar untuk beraksi pada
kancah Liga Malaysia (Liga M) tetap ada bukan sahaja pada dirinya malah turut
membabitkan kesemua rakan sepasukan.
Tambahnya, aksi pertama menentang
Johor Darul Ta'zim (JDT) tatkala ia perlawanan pertama Liga Super sememangnya
beri perasaan gemuruh apabila berdepan pasukan yang hebat kendalian Ulisses
Morais.
"Walaupun pernah beraksi
pada saingan Piala Sumbangsih musim lalu, perasaan gementar tetap ada kerana
kami bukan sahaja berdepan JDT yang merupakan juara Liga Super empat musim
berturut-turut malah perlu berdepan sorakan padu penyokong mereka.
"Namun apabila permainan
bermula nanti, saya optimis pemain Kedah akan melupakan perasaan gementar dan
beri fokus sepenuhnya pada perlawnan itu dan berjuang habis-habisan memburu
kemenangan.
"Kita tahu JDT ada kelebihan
beraksi di laman sendiri, namun kami akan turun dengan semangat tinggi untuk
berusaha membawa pulang Piala Sumbangsih ke bumi Darul Aman bagi permulaan
positif dalam liga," katanya pada sidang media pra perlawanan Piaka
Sumbangsihdi Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.
Baddrol juga menegaskan penentuan
kemenangan pada pertembungan itu lebih terarah kepada pasukan mana yang
menjaringkan gol dan pantas mempertahankan jaringan untuk memburu kemenangan.
Katanya, tiada tekanan buat skuad
Helang Merah untuk berdepan Harimau Selatan tatkala lebih menganggap sebagai
pasukan bukan pilihan berbanding JDT yang pasti lebih tertekan yang beraksi di
tempat sendiri.
"Kehadiran Pablo Pallares
dan Álvaro Silva beri lagi suntikan kekuatan Kedah pada musim ini dan kedua-dua
pemain itu memiliki sikap positif yang boleh dijadikan contoh kepada pemain
muda.
"Saya berharap salah seorang
daripada mereka mampu beri sumbangan untuk Kedah melakar kemenangan pada
perlawanan itu nanti kerana kami membuat persiapan begitu rapi bagi menghadapi
JDT," kata Baddrol.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat,
2 Februari 2018 | 7:26pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan