
Kedah azam beri persembahan
terhebat
18 Julai 2019 1:32 PM
ALOR SETAR - Pasukan Kedah
bertekad memberi persembahan terbaik pada perlawanan akhir Piala FA menentang
Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, 27 Julai ini, sekali gus merangkul trofi
kejuaraan untuk dihadiahkan kepada penyokongnya.
PEMAIN Kedah, Baddrol Bakhtiar
ketika sesi bergambar Final Piala FA Skuad Lang Merah di Wisma Darul Aman di
sini, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Kapten skuad Lang Merah, Baddrol
Bakhtiar berkata persediaan pasukannya setakat ini berada pada tahap begitu
baik dan tumpuan diberikan sepenuhnya semasa latihan dengan panduan jurulatih.
Baddrol berkata pasukannya juga
mempunyai keharmonian serta momentum terbaik untuk menghadapi perlawanan akhir
itu nanti.
“Kalau ada rezeki Kedah pada
tahun ini kami (akan) menghadiahkan piala itu (Piala FA) kepada penyokong Kedah
dan pasukan, itu satu janji kami kepada penyokong,” katanya kepada pemberita di
Wisma Darul Aman di sini.
Katanya walaupun dalam saingan
Liga Super di Stadium Darulaman baru-baru ini, pasukannya berjaya menewaskan
Perak 4-2, ia tidak memberi keselesaan kepada pasukannya dan tidak memandang
rendah pada situasi itu.
“Mungkin pasukan Perak ada
menyimpan sesuatu dan bagi kami, akan terus pandang ke hadapan dan akan fokus,”
kata Baddrol.
Dalam pada itu, beliau berkata
perlawanan menentang Felda United untuk saingan Liga Super selepas ini sangat
penting kerana Kedah memerlukan tiga mata penting untuk mengekalkan kedudukan
tangga ketiga dan berada dalam kelompok lima terbaik.
Skuad Lang Merah akan berhadapan
dengan Felda United pada 21 Julai ini di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka,
Pahang. - BERNAMA
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 18
Julai 2019 1:32 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan