Wan Mohd Noor
Hafiz Wan Mansor | 27 Feb 2019

Pemain-pemain
Kedah memerlukan sokongan padu penyokong setia Sabtu ini bagi memenuhi
gelanggang keramat Hijau Kuning untuk memberi tekanan kepada PKNS FC. - Foto
AHMAD ZAKI OSMAN
SIARAN
langsung dua perlawanan di televisyen membabitkan pasukan Kedah di laman
sendiri diharapkan tidak melunturkan semangat penyokong Kedah untuk memenuhi
Stadium Darul Aman bagi aksi menentang PKNS FC pada Sabtu ini.
Setiausaha
Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris berkata,
sokongan menyokong yang memenuhi stadium mampu menaikkan lagi semangat dan
moral pasukan memburu tiga mata penting untuk kekal sebagai pendahulu Liga
Super 2019.
Menurutnya, beliau
akui kehadiran penyokong pada aksi sulung di Alor Setar ketika menang 4-0 ke
atas Felda United agak sederhana walaupun Lang Merah berada pada momentum
terbaik apabila belum tewas sejak empat perlawanan lalu.
"KFA
sangat berharap semua penyokong akan memenuhi Stadium Darul Aman pada Sabtu ini
kerana PKNS FC adalah salah satu lawan yang liat untuk ditewaskan kerana mereka
juga adalah kelab yang berada pada kelompok empat pasukan terbaik liga super
setakat ini.
"Biarpun
akan ada siaran langsung pada Sabtu ini membabitkan aksi Kedah bertemu PKNS FC,
KFA berharap kesetian penyokong tidak akan tergugat dan tetap hadir memberikan
sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Lang Merah,"katanya kepada
Sukan Sinar.
Mohd Asmirul
berkata, kehadiran puluhan ribu penyokong setia yang membanjiri stadium setiap
kali perlawanan di laman sendiri sebenarnya turut membantu dari sudut kantung
kewangan persatuan tersebut.
Jelasnya, KFA
tidak senang duduk apabila melihat kehadiran penyokong yang agak sederhana pada
aksi menentang Felda United 16 Februari lalu.
"Pembelian
tiket oleh penyokong sebenarnya adalah salah satu cara buat KFA untuk menjana
pendapatan yang akan digunakan untuk pengurusan persatuan dan pemain dari
semasa ke semasa," katanya lagi.
Tambahnya,
Lang Merah kini berdepan tiga perlawanan yang sukar bermula PKNS FC, diikuti
Pahang pada 8 Mac di Kuantan dan JDT FC pada 29 atau 31 Mac di Alor Setar.
Kedah kini
muncul selaku pendahulu Liga Super 2019 selepas empat perlawanan berkongsi 10
mata sama dengan JDT namun dibezakan jumlah perbezaan gol untuk berada di
tangga kedua.
SUMBER-Artikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/15351/BERITA/Sukan/Harap-Stadium-Darul-Aman-penuh-Sabtu-ini©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan