MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

AKSI final Piala FA berdepan
Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini menjadi misi ‘serampang dua
mata’ buat ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Ia kerana perlawanan itu bukan
saja menjadi medan buat skuad Lang Merah menjulang kejuaraan sulung musim ini,
malah Baddrol turut mengintai peluang menambah koleksi kejuaraan Piala FA yang
keempat selepas memenanginya pada 2007, 2008 dan 2017.
Apapun, ia bukan tugas mudah
buatnya apabila berdepan skuad The Bos Gaurus yang turut diperkuatkan dengan
pemain ternama tempatan selain trio import dari Brazil iaitu Leandro, Ronaldo
Henrique Silva dan Careca.
Justeru, pemain berpengalaman
berusia 31 tahun itu menuntut rakan sepasukan tidak memandang mudah sambil
berharap barisan pemain muda Kedah mampu menyerap segala tekanan, sekali gus
keluar selaku juara.
“Misi saya kali ini adalah untuk
mengumpul piala keempat (Piala FA) pada tahun ini. Saya mengharapkan pemain
pasukan Kedah malam esok (malam ini) fokus dengan lebih tinggi dan bagilah apa
yang ada malam itu habis-habisan dan buatlah terbaik pada final nanti,” katanya
pada sidang media Piala FA, di sini, semalam.
Jelasnya, dia turut mengingatkan
rakan sepasukan supaya berjaga-jaga dengan provokasi tonggak tengah Perak,
Leandro.
“Bagi saya sendiri, provokasi
daripada Leandro kita kena faham permainan dia memang macam itu. Jadi bagi kita
dah main lama di Liga Malaysia, kita buat macam biasa jelah buat tak tahu,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 27 Julai 2019 @ 6:10 AMSUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan