Label
- BADDROL BAKHTIAR2006
- BADDROL BAKHTIAR2007
- BADDROL BAKHTIAR2008
- BADDROL BAKHTIAR2009
- BADDROL BAKHTIAR2010
- BADDROL BAKHTIAR2011
- BADDROL BAKHTIAR2013
- BADDROL BAKHTIAR2014
- BADDROL BAKHTIAR2016
- BADDROL BAKHTIAR2017
- BADDROL BAKHTIAR2018
- BADDROL BAKHTIAR2019
- BADDROL BAKHTIAR2020
- BADROLCHELSEA2008
- GOLBADDROL
Rabu, 29 Januari 2020
Selasa, 28 Januari 2020
Kedah tak terdaya sekat FC Seoul
MyMetroArena

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
BADI pusingan ketiga kelayakan
Liga Juara-Juara Asia (ACL) terus menghantui kelab dari Malaysia apabila Kedah
gagal melepasi peringkat itu selepas tumbang 1-4 di tangan kelab Korea Selatan,
FC Seoul di Stadium Piala Dunia Seoul, malam ini.
Sebelum ini, dua pasukan tempatan
iaitu JDT dan Perak turut gagal melepasi saingan itu dengan skuad Harimau
Selatan mencuba sebanyak dua kali pada 2016, 2017 dan 2018 manakala The Bos
Gaurus terkandas musim lalu.
Perak yang dibimbing Mehmet
Durakovic ketika itu tumbang 1-5 kepada Ulsan Hyundai FC juga dari Korea Selatan.
Bagaimanapun, kemenangan FC Seoul
di halaman sendiri itu turut dibantu tindakan kurang bijak tonggak pertahanan
Kedah, Renan Alves yang tertampan bola dalam kotak penalti pada minit ke-35,
sekali gus terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 55 minit permainan.
Park Chu Young yang mengambil
sepakan penalti itu mudah menewaskan penjaga gol pelawat, Shahril Saa'ri yang
sebelum itu cemerlang menghalang deretan percubaan berbahaya tuan rumah.
Memasuki babak kedua, Kedah yang
mara selepas menundukkan kelab Hong Kong, Tai Po FC 5-1 di Stadium Darul Aman
pada pusingan kedua terus ketinggalan selepas Park Dong Jin menanduk masuk bola
hantaran Hwang Hyun Soo di minit ke-49.
Anak buah Aidil Sharin Sahak
tidak mudah mengalah apabila berjaya merapatkan kedudukan hasil sepakan percuma
mengelirukan Baddrol Bakhtiar yang gagal dikeluarkan Osmar Barba hingga tertanduk
ke gawang sendiri buat menaikkan semula keyakinan pemain Hijau Kuning.
Begitupun, Osmar menebus kembali
kesilapannya dengan menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma pada minit
ke-62 yang menewaskan Shahril.
FC Seoul yang menamatkan saingan
Liga Korea Selatan di tangga ketiga musim lalu terus mengasak kubu Kedah dan
tonggak import dari Uzbekistan, Ikromjon Alibaev menambah derita pelawat hasil
percubaan pada minit ke-92.
Kemenangan itu membolehkan FC
Seoul mengisi tempat dalam Kumpulan E bersama Beijing Guoan (kelab China),
Chiangrai United (kelab Thailand) dan Melbourne Victory (kelab Australia).
JDT muncul wakil tunggal dari
Malaysia yang akan bersaing dalam Kumpulan G bersama Guangzhou Evergrande
(kelab China), Suwon Bluewings (kelab Korea Selata) dan Vissel Kobe (kelab
Jepun).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Selasa, 28 January 2020 @ PM 8:17
Isnin, 27 Januari 2020
Park Chu-young 'ancaman' buat Kedah
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
DUA pemain utama atau 'key
player' skuad FC Seoul iaitu Park Chu-young dan pemain import Ikromjon Alibaev
bakal menjadi ancaman besar buat pertahanan Kedah apabila turun beraksi dalam
saingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Seoul World Cup malam
esok.
Pada sidang media Pra-Perlawanan
Play-Off ACL berkenaan, Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata rekod
pencapaian pihak lawan di peringkat ACL serta dua pemain 'berbisa' yang
dimiliki skuad dari Korea Selatan ini harus diberi perhatian.
"Perlawanan ini akan menjadi
sedikit berlainan dengan perlawanan kami yang lepas ketika menentang Tai Po FC
minggu lalu, kerana kita tahu FC Seoul merupakan pasukan yang kuat dengan rekod
pencapaian yang besar."
"Pasukan lawan juga memiliki
pemain yang hebat terutama pemain import berjersi nombor 9 dan juga pemain
tempatan berjersi nombor 10 iaitu Park Chu-young yang kerap beraksi di sebelah
kiri pasukan berkenaan antara pemain utama atau 'key players' yang menjadi
ancaman dan perlu diawasi." katanya.
Aidil turut berkata di sebalik
segala cabaran beraksi di tempat lawan, beliau mengharapkan persembahan terbaik
dapat dipamerkan pemainnya pada aksi esok.
"Pemain saya akan memberi
aksi yang terbaik mereka dalam perlawanan ini dan kami akan berusaha mendapatkan
keputusan yang terbaik untuk menaikkan nama pasukan.
Sementara itu, ketua pasukan
Kedah, Baddrol Bakhtiar turut mengakui cabaran sengit yang bakal dilalui skuad
Lang Merah untuk berdepan tuan rumah FC Seoul yang disifatnya satu pasukan
hebat untuk ditentangi.
"Kami hadir ke Seoul untuk
memberi cabaran yang terbaik dan kami juga ingin mendapat satu pengalaman yang
luas untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila beraksi di Liga Super pada tahun
ini." katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 January 2020 @ 10:10 PM
Sabtu, 25 Januari 2020
Selasa, 21 Januari 2020
Isnin, 20 Januari 2020
Lang Merah sedia layan kunjungan Tai Po
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
KETUA pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar yakin persefahaman dan keserasian
yang dibentuk dalam pasukan menjadi ramuan ampuh untuk Kedah menentang kelab
Hong Kong, Tai Po FC pada saingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di
Stadium Darul Aman (SDA) malam ini. Beliau yang menjalani latihan bersama rakan
sepasukan di sini semalam menyatakan Kedah sudah bersedia memulakan aksi
kelayakan ACL yang dinantikan semua penyokong selama ini.
"Pada tahun ini kami membuat persediaan lebih awal untuk menghadapi
saingan kelayakan ACL dan seperti semua penyokong impikan, kami mengharapkan
keputusan positif dengan melakukan aksi terbaik."
"Tahap keserasian kami bina selama ini menjadi perkara asas yang
penting dalam usaha mencari kemenangan. Tiada jalan mudah buat kami sekalipun
beraksi di laman sendiri menentang Tai Po FC, sebaliknya kami perlu terus
bekerja keras dengan komitmen lebih tinggi bagi memastikan layak ke peringkat
seterusnya.
Pemain berpengalaman berusia 31 tahun itu juga berharap sokongan padu
daripada penyokong Kedah di Stadium Darul Aman mampu menyuntik semangat
tambahan buat pemain Lang Merah.
Baddrol juga mengakui keputusan positif diraih Kedah dalam perlawanan
pramusim di Kemboja turut memberi perangsang buat pasukan.
"Kemenangan Piala Smart RSN di Kemboja dapat menaikkan lagi semangat
dan moral kami untuk menghadapi ACL dan juga Liga Super selepas ini."
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 11:43 AM
Rabu, 15 Januari 2020
Lang Merah demam di Kemboja
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
FAKTOR cuaca dan enam pemain
mengalami demam antara cabaran dilalui skuad Kedah dalam menghadapi saingan
pramusim yang berlangsung di Kemboja bermula 5 Januari lalu.
Menurut ketua jurulatih skuad
Lang Merah, Aidil Sharin Sahak, beliau tetap melakukan percaturan terbaik bagi
melengkapkan siri jelajah pramusim yang cuma berbaki satu lagi perlawanan iaitu
menentang Phnom Penh esok meskipun berdepan cabaran kesihatan dan cuaca.
"Suhu panas mencecah 36°c
dan enam pemain demam memaksa saya membuat perancangan sewajarnya dalam usaha
memantapkan pasukan. Sepanjang pramusim ini, enam pemain iaitu Kpah Sherman,
Amin Nazari, Shakir Hamzah, Renan Alves, Tam Sheang Tsung dan David Rowley
mengalami demam.
“Namun dengan pertukaran pemain
dalam perlawanan, segala perancangan berjalan lancar sepanjang empat perlawanan
setakat ini," katanya.
Dalam tiga perlawanan pramusim
dilalui Kedah di Kemboja sebelum ini, skuad Lang Merah bermula dengan
kemenangan selepas menewaskan Visakha 1-0 hasil jaringan Zaquan Adha pada 7
Januari lalu.
Mereka tewas kepada kelab yang
menduduki tangga kedua liga Cambodia, Nagaworld FC pada 9 Januari dengan 2-3
melalui gol sumbangan Kipre Tchetche dan Hadin Azman.
Aksi ketiga pada Jumaat lalu
menyaksikan Kedah kembali bangkit menewaskan Boeung Ket FC 4-1 hasil jaringan
hatrik Kpah Sherman dan Zaquan Adha.
Kedah kini berada pada fasa akhir
pramusim bagi merebut Piala Smart RSN 2020 dan mengatur langkah kanan
menewaskan Angkor Tiger FC 1-0 dan seterusnya melengkapkan saingan bertemu tuan
rumah kejohanan iaitu Phnom Penh Crown FC esok.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 13 January 2020 @ 10:20 PM
Aksi pramusim beri impak positif
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol
Bakhtiar yakin aksi pramusim di Krabi, Thailand sejak lebih seminggu lalu mampu
mencetuskan impak positif buat skuadnya dalam menghadapi aksi Liga Malaysia
(Liga M) yang bermula awal Februari ini.
Melalui komen beliau dalam laman
rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) semalam, Baddrol berkata, wajah baharu
Kedah kendalian ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak dan barisan kejurulatihan
musim 2019 itu banyak ke arah yang lebih positif.
“Persiapan pramusim untuk skuad
Kedah yang berlangsung di Krabi kali ini sejak seminggu lalu juga lebih
tersusun dan harmoni dalam kalangan semua pemain.”
“Ini satu tempoh pramusim
berkualiti dan kami dapat mengeratkan lagi komunikasi sesama pemain di dalam
dan luar padang dan kami juga berharap suasana harmoni sepanjang latihan di
sini akan terus kekal hingga ke hujung musim.”
“Saya berpuas hati dengan
taktikal dibawa ketua jurulatih Aidil Sharin dan semua pemain juga turut
menyukai cara beliau memberi motivasi dan semangat sebelum dan semasa
permainan.”
Menurut Baddrol yang telah
bersama Kedah sejak 2005, semua pemain kini memberi sepenuh tumpuan menghadapi
aksi pertama Liga M dan mereka akan menentang Home United dari Singapura untuk
satu lagi aksi persahabatan terakhir pada Sabtu ini.
“Perlawanan pertama menentang
PKNP FC di Perak nanti sangat penting kerana kami mahukan tiga mata pertama
untuk melonjakkan semangat menghadapi saingan dalam Liga Super, ” katanya.
Kedah melengkapkan aksi pramusim
di Krabi, Thailand dengan mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 24 January 2019 @ 4:57 PM
Langgan:
Catatan (Atom)