MyMetroArena

Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
DUA pemain utama atau 'key
player' skuad FC Seoul iaitu Park Chu-young dan pemain import Ikromjon Alibaev
bakal menjadi ancaman besar buat pertahanan Kedah apabila turun beraksi dalam
saingan playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Seoul World Cup malam
esok.
Pada sidang media Pra-Perlawanan
Play-Off ACL berkenaan, Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak berkata rekod
pencapaian pihak lawan di peringkat ACL serta dua pemain 'berbisa' yang
dimiliki skuad dari Korea Selatan ini harus diberi perhatian.
"Perlawanan ini akan menjadi
sedikit berlainan dengan perlawanan kami yang lepas ketika menentang Tai Po FC
minggu lalu, kerana kita tahu FC Seoul merupakan pasukan yang kuat dengan rekod
pencapaian yang besar."
"Pasukan lawan juga memiliki
pemain yang hebat terutama pemain import berjersi nombor 9 dan juga pemain
tempatan berjersi nombor 10 iaitu Park Chu-young yang kerap beraksi di sebelah
kiri pasukan berkenaan antara pemain utama atau 'key players' yang menjadi
ancaman dan perlu diawasi." katanya.
Aidil turut berkata di sebalik
segala cabaran beraksi di tempat lawan, beliau mengharapkan persembahan terbaik
dapat dipamerkan pemainnya pada aksi esok.
"Pemain saya akan memberi
aksi yang terbaik mereka dalam perlawanan ini dan kami akan berusaha mendapatkan
keputusan yang terbaik untuk menaikkan nama pasukan.
Sementara itu, ketua pasukan
Kedah, Baddrol Bakhtiar turut mengakui cabaran sengit yang bakal dilalui skuad
Lang Merah untuk berdepan tuan rumah FC Seoul yang disifatnya satu pasukan
hebat untuk ditentangi.
"Kami hadir ke Seoul untuk
memberi cabaran yang terbaik dan kami juga ingin mendapat satu pengalaman yang
luas untuk dibawa pulang ke Malaysia apabila beraksi di Liga Super pada tahun
ini." katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 27 January 2020 @ 10:10 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan