MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Kapten Kedah Baddrol
Bakhtiar yakin aksi pramusim di Krabi, Thailand sejak lebih seminggu lalu mampu
mencetuskan impak positif buat skuadnya dalam menghadapi aksi Liga Malaysia
(Liga M) yang bermula awal Februari ini.
Melalui komen beliau dalam laman
rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) semalam, Baddrol berkata, wajah baharu
Kedah kendalian ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak dan barisan kejurulatihan
musim 2019 itu banyak ke arah yang lebih positif.
“Persiapan pramusim untuk skuad
Kedah yang berlangsung di Krabi kali ini sejak seminggu lalu juga lebih
tersusun dan harmoni dalam kalangan semua pemain.”
“Ini satu tempoh pramusim
berkualiti dan kami dapat mengeratkan lagi komunikasi sesama pemain di dalam
dan luar padang dan kami juga berharap suasana harmoni sepanjang latihan di
sini akan terus kekal hingga ke hujung musim.”
“Saya berpuas hati dengan
taktikal dibawa ketua jurulatih Aidil Sharin dan semua pemain juga turut
menyukai cara beliau memberi motivasi dan semangat sebelum dan semasa
permainan.”
Menurut Baddrol yang telah
bersama Kedah sejak 2005, semua pemain kini memberi sepenuh tumpuan menghadapi
aksi pertama Liga M dan mereka akan menentang Home United dari Singapura untuk
satu lagi aksi persahabatan terakhir pada Sabtu ini.
“Perlawanan pertama menentang
PKNP FC di Perak nanti sangat penting kerana kami mahukan tiga mata pertama
untuk melonjakkan semangat menghadapi saingan dalam Liga Super, ” katanya.
Kedah melengkapkan aksi pramusim
di Krabi, Thailand dengan mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 24 January 2019 @ 4:57 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan