Sabtu | 15 Februari 2020
Kedah sedia pertahan Unity Shield
bertemu Perak
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR |
| 14 Februari 2020
Perlawanan Unity Shield bertemu
Perak mampu menguji dan memantapkan lagi persefahaman pemain-pemain Kedah.
KEDAH sedia mempertahankan Unity
Shield menjelang perlawanan edisi kedua walaupun sedar Perak mempunyai
kelebihan selaku tuan rumah pada malam esok di Ipoh.
Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak
berkata, pasukannya hadir selaku pasukan bukan pilihan, namun bersedia untuk
memberikan aksi terbaik kepada The Bos Gaurus yang dibimbing ketua jurulatih
berpengalaman, Mehmet Durakovic.
Menurutnya, pada waktu yang sama
pemain-pemainnya juga perlu berwaspada dan mengelakkan kecederaan kerana juga
dalam persediaan menghadapi Juara Liga Super 2019, JDT bagi aksi Piala
Sumbangsih 2020 di laman lawan pada 28 Februari ini.
"Kami sudah tentu mahu
melakukan yang terbaik selain mahu mengekalkan rekod memenangi perisai ini
seperti dimenangi pada tahun yang lalu.
Aidil Sharin mahu pemainnya
beraksi dengan baik bertemu Perak, namun pada waktu yang sama perlu mengelakkan
kecederaan. - Foto Ahmad Zaki Osman
Aidil Sharin mahu pemainnya
beraksi dengan baik bertemu Perak, namun pada waktu yang sama perlu mengelakkan
kecederaan. - Foto Ahmad Zaki Osman
"Setakat ini pemain saya
cukup fokus, bekerja keras dan mereka tahu apa yang perlu dibuat pada
perlawanan tersebut. Kami akan berusaha untuk menang tetapi dalam masa sama
juga mahu mengelakkan kecederaan bagi menghadapi JDT untuk merebut Piala Sultan
Haji Ahmad Shah minggu depan," katanya kepada media sebelum sesi latihan
di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini semalam.
Aidil Sharin berkata, beliau
meletakkan kepercayaan kepada semua pemain dan yang terbaik sahaja yang akan
berjaya merebut kesebelasan utama pasukan daripada satu perlawanan ke satu
perlawanan yang lain.
Sementara itu, ketua pasukan
Kedah, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau percaya pertemuan bertemu Perak menjadi
medan terbaik dalam menguji persefahaman sebelum aksi penting bertemu pasukan
gergasi tanah air, JDT.
Jelasnya, keserasian dalam
kalangan pemain masih dicari dan diperkukuhkan oleh pasukan jurulatih untuk
mencari kombinasi terbaik bagi menghadapi saingan Piala Malaysia 2020.
"Setakat ini kita masih
terus mencari rentak dan keserasian. Saya melihat keserasian pasukan baru
berada pada tahap 60 peratus dan kami akan berusaha gigih memantapkannya lagi
menerusi latihan dan perlawanan akan datang," katanya.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/70028/BERITA/Sukan/Kedah-sedia-pertahan-Unity-Shield-bertemu-Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan