MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
HASRAT Kedah yang mahu bangkit
mengutip mata penuh terhalang apabila sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada
aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.
Pelawat membuka tirai jaringan
seawal minit ke-18 menerusi bekas pemain tengah Kedah, Sandro Da Silva.
Sandro menyambut hantaran ke
belakang Azreen Zulkafali sebelum melakukan percubaan cantik yang melepasi
jangkauan penjaga gol tuan rumah Ifwat Akmal Chek Kassim.
Syahmi Safari hampir menambah gol
kedua Selangor selepas mendapat hantaran Sean Selvaraj pada minit ke-22 namun
percubaannya gagal membuahkan hasil apabila tersasar sedikit ke sebelah kanan
gawang Kedah.

BADDROL (tengah) cuba melepasi
kawalan pemain Selangor, Syazwan Zainon (kiri). — FOTO BERNAMA
Lima minit sebelum rehat, Kedah
berjaya menyamakan kedudukan menerusi kaptennya Baddrol Bakhtiar.
Hantaran silang Azmeer Yusof dari
sebelah sayap kanan disambut dengan tandukan cantik Baddrol yang menewaskan
penjaga gol Farizal Harun sekali gus menceriakan penyokong tuan rumah.
Keputusan seri itu menyaksikan
Kedah kekal di tangga keempat dengan 16 mata, satu mata di belakang Selangor
yang menghuni tangga ketiga Liga Super.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 26 April 2019 @ 11:35 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan