MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

KEDAH tidak mahu kecewa melayan
kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor
Setar, esok.
Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar
berkata, skuadnya mahu bangkit selepas seri dua perlawanan di Stadium Darul
Aman sebelum ini.
"Kami mahu menang dan kutip
tiga mata menentang skuad TFC dan menjangkakan perlawanan kali ini sengit
seperti perlawanan lain."
“Hanya kemenangan merapatkan
jurang selepas Kedah ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Super,
Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedah kini menghuni tangga ketiga
dengan 12 mata, enam mata di belakang Pahang (18) manakala JDT, 20.
Kedah melalui empat perlawanan
tanpa kemenangan dalam aksi Liga Super.
"Kami tidak mahu rugi
terlepas peluang selepas gagal dapat tiga mata dalam beberapa perlawanan
'panas' sebelum ini.
"Pertemuan menentang
Terengganu FC kali merupakan cabaran hebat.
‘Pemain mengharapkan penyokong
akan hadir untuk memberi sokongan moral kepada Kedah," katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 11 April 2019 @ 3:53 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan