Pemain lega tak jadi ke
Pyongyang
BADDROL BAKHTIAR
30 September 2017 9:24 PM
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Dua
tonggak Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar dan Syamer Kutty Abba mengakui,
tindakan Malaysia mengenakan larangan perjalanan ke Korea Utara melegakan skuad
bola sepak negara kerana tidak perlu beraksi di Pyongyang dalam aksi kelayakan
Piala Asia 2019, 5 Oktober ini pada ketika keadaan keselamatan di negara itu
tidak menentu.
Kelmarin, Kementerian Luar
Negeri mengeluarkan arahan sekatan kepada seluruh warganegara Malaysia untuk
melawat negara tersebut berkuat kuasa serta merta susulan ketegangan politik di
sana.
Advertisement
Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) kemudian mengeluarkan kenyataan, aksi ketiga Kumpulan B itu ditunda buat
kali ketiga dan Jawatankuasa Pertandingan bakal bermesyuarat bagi menentukan
tarikh baharu serta gelanggang pertemuan kedua-dua pasukan. Namun, aksi
menentang Hong Kong pada 10 Oktober ini diteruskan mengikut jadual asal.
“Laporan media antarabangsa
telah menimbulkan pelbagai isu di sana (Korea Utara) termasuk mereka
menggunakan ujian peluru berpandu dan sudah pasti saya ia menimbulkan rasa
takut terutama apabila memikirkan mengenai nasib keluarga atau tidak bertemu
dengan mereka lagi sekiranya apa-apa yang berlaku kepada diri saya.
“Syukur, semua rasa takut itu
hilang apabila perlawanan tersebut sekali lagi ditunda atas faktor keselamatan
dan saya fikir ini adalah keputusan terbaik untuk kesemua pihak memandangkan
politik dan bola sepak bukannya satu perkara yang sama,” kata Baddrol.
Syamer Kutty pula memberitahu,
aspek keselamatan harus menjadi keutamaan dalam apa jua perkara yang bakal
dilakukan.
“Sebagai pemain saya hanya
fokus untuk bola sepak dan bagi saya jaminan keselamatan adalah perkara paling
penting.
“Seandainya sesuatu situasi itu
dilihat merisikokan keselamatan maka lebih baik ditunda demi keselamatan
semua,” katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemain-lega-tak-jadi-ke-pyongyang-1.532548#ixzz4uD9WlCWw
© Utusan Melayu (M) Bhd