MyMetroArena

BERNAMA
PETALING JAYA: Kejayaan memenangi
tiga gelaran pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) malam tadi,
membakar semangat Baddrol Bakhtiar memburu lebih banyak kejuaraan bersama Kedah
pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018.
Dalam masa sama perancang skuad
Helang Meraah itu mengakui tidak menyangka akan meraih semua anugerah berkenaan
kerana terdapat calon lain yang turut layak.
Anak jati Sungai Petani itu
meraih anugerah Pemain Paling Bernilai, Penjaring Terbanyak (Tempatan) Liga
Super dan Pemain Tengah Terbaik.
“Pencapaian pada malam ini (malam
tadi) adalah hasil kerjasama rakan sepasukan serta penyokong di tanah air serta
di Kedah yang sentiasa memberi sokongan padu kepada saya untuk membuatkan kami
beraksi lebih cemerlang.
“Saya sebenarnya tidak menyangka
dapat meraih tiga anugerah ini. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT di atas
anugerah ini dan akui memang amat idamkan anugerah Pemain Paling Bernilai,”
katanya selepas majlis anugerah berkenaan.
Baddrol turut memaklumkan
bersedia untuk memikul tugas selaku kapten baharu skuad Lang Merah selepas
Khairul Helmi Johari menyatakan hasrat melepaskan tugas berkenaan, baru-baru
ini.
“Saya menyerahkan kepada rakan
sepasukan untuk memilih kapten pasukan Kedah yang baharu.
“Namun saya mengharapkan Khairul
Helmi dapat memakai lilitan kapten untuk satu musim lagi kerana kami masih
percaya dengan kemampuan beliau memimpin pasukan Kedah,” kata Baddrol yang
sudah 11 musim menabur bakti bersama negeri kelahirannya dalam saingan Liga M.
Berkongsi pandangan sama ialah
pemain import Kedah, Liridon Krasniqi yang mahu melakar lebih banyak kejayaan
bersama-sama pasukan selepas memenangi Anugerah Pemain Import Terbaik dan
Anugerah Pemain Paling Popular untuk dua tahun berturut-turut.
“Saya amat gembira atas kejayaan
memenangi dua anugerah yang turut menaikkan keyakinan.
“Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada penyokong Kedah yang sentiasa bersama-sama pasukan dalam apa juga
keadaan sama ada gembira atau duka,” kata pemain tengah dan penyerang kelahiran
Kosovo itu.
Lebih manis lagi, Kedah yang
muncul juara Piala FA musim ini turut memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik
menerusi Ifwat Akmal Chek Kassim selain Anugerah Kelab Penyokong Terbaik dan
Pasukan Bola Sepak Terbaik.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 23 Disember 2017 @ 3:13 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan