BERNAMA

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA)
menafikan berita penyerang Baddrol Bakhtiar dan pemain tengah Amirul Hisyam
Awang Kecik akan berhijrah ke Johor Darul Ta’azim (Johor DT) musim depan.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk
Aminuddin Omar berkata, perkara itu tidak benar dan ia tidak pernah dinyatakan
oleh pemain kepada pihak pengurusan KFA berhubung hasrat ingin meninggalkan
Kedah.
“Ini mungkin khabar angin yang
datang dari sumber tidak sahih kerana belum ada pemain menyatakan hasrat untuk
meninggalkan kelab kepada pihak pengurusan KFA.
“Kami mengadakan perbincangan
bersama semua pemain sebelum ini dan nampak mereka masih berminat untuk terus
menyarung jersi Kedah begitu juga KFA berminat untuk terus mengekalkan semua
pemain,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, Alor Setar, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika
menjawab soalan berhubung khabar angin mengenai perpindahan Baddrol dan Amirul
Hisyam ke Johor DT yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, Aminuddin
berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang surat berhubung hasrat ingin
menarik diri ketua jurulatih Nidzam Adzha Yusoff.
ADVERTISING
“Kami masih menaruh kepercayaan
kepada Nidzam untuk terus membimbing Kedah dan ingin saya nyatakan di sini
setakat ini di kem Kedah memang tiada berita berhubung dua perkara ini,”
katanya.
Kedah bertemu FELDA United di
Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 15 Oktober ini bagi aksi separuh akhir
pertama Piala Malaysia.
Sumber-Artikel ini disiarkan
pada : Khamis, 5 Oktober 2017 @ 3:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan