Rabu, 1 Mei 2019 | 4:31pm

BADDROL Bakhtiar pada aksi Piala
FA Malaysia 2019 antara Kedah menentang PKNS FC, di Stadium Shah Alam. - Foto
Sairien Nafis
Situasi harmoni jadikan Kedah
lebih hebat
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Situasi harmoni
dalam pasukan ketika latihan dan perlawanan menjadi kunci kepada prestasi hebat
Kedah sepanjang kempen Piala FA musim ini termasuk menewaskan PKNS FC 3-1 pada
peringkat suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, semalam.
Kini skuad Helang Merah sudah
tiada masa menoleh ke belakang dan kelebihan jaringan di tempat lawan itu harus
dipertahankan bagi merealisasikan impian mengulangi kejayaan edisi 2017.
Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar
berkata seluruh pasukan sudah pun 'tutup buku' apa yang berlaku musim sebelum
ini.
"Saya lihat perbezaannya
adalah kami lebih harmoni. Kami menikmati apa yang ditunjukkan jurulatih (Aidil
Sharin Sahak) dalam latihan dan perlawanan. Kami bermain untuknya dan juga
penyokong Kedah.
"Untuk yang tahun lepas,
kami sudah tutup buku dan terus pandang ke depan. Bagi saya memang mengidamkan
beraksi di final dan untuk itu saya nekad dan sasar untuk bawa Kedah ke pentas
final," katanya.
Pada aksi semalam, Kedah berada
di depan pada minit ke-12 menerusi penyerang dari Sepanyol, Fernando Rodriguez
yang menyudahkan umpanan Farhan Roslan.
Dua lagi gol Helang Merah
terhasil menerusi Jonatan Bauman (m-25 dan 45). Jaringan tunggal tuan rumah
dihasilkan oleh Gabriel Guerra pada minit ke-64.
Keputusan itu menyaksikan Kedah
selesa menghadapi aksi kedua yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darul
Aman, 10 Mei ini.
"Kami bersyukur dapat
menjaringkan gol dan kami perlu membuat persiapan lebih baik untuk hadapi
perlawanan kedua. Sudah pasti kami tidak akan ambil muda kerana PKNS memiliki
semangat yang kental," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
1 Mei 2019 | 4:31pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan