WAN MOHD NOOR
HAFIZ WAN MANSOR | 19 May 2019

Jaringan
penyamaan Baddrol berjaya menyemarakkan semangat Lang Merah untuk bangkit
mengatasi Melaka United di Stadium Darul Aman semalam. - FOTO MOHD ASYRAF
KERJA keras
pemain-pemain Kedah mendapat pujian ketua jurulatih mereka, Aidil Sharin Sahak
apabila berjaya bangkit untuk mengatasi Melaka United 2-1 selepas ketinggalan
di Stadium Darul Aman bagi aksi Liga Super ke-15 semalam.
Menurutnya,
pelawat berjaya berada di hadapan terlebih dahulu pada minit ke- 31 menerusi
Luka Milunovic selepas memanfaatkan hasil situasi bola mati menerusi sepakan
percuma oleh Safiq Rahim.
"Situasi
sama berlaku seperti di Melaka apabila kami tewas dengan situasi 'set piece'
ini dan ia kembali berulang di gelanggang sendiri namun semangat tidak mengenal
kalah dan bekerja sebagai satu pasukan telah membantu Kedah bangkit untuk
menyamakan kedudukan sebelum memenangi perlawanan ini," katanya pada
sidang akhbar di Bilik Media Stadium Darul Aman selepas perlawanan tamat.
Gol ketua
pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-60 hasil hantaran silang Jonathan
Bauman dan gol sendiri Jang Sukwon yang tertampan bola ke gol sendiri pada
minit ke-71 berjaya memastikan Lang Merah kembali berada di tangga ketiga Liga
Super 2019 untuk berkongsi 22 mata dengan Selangor yang berada di tangga
keempat.
Menurut Aidil
Sharin, disiplin tinggi pemain-pemain pelawat yang turun bertahan sebagai satu
kumpulan setiap kali diasak pasukannya menyukarkan Kedah untuk memburu gol-gol
awal pada separuh masa pertama.
"Selain
berdepan dengan sebuah pasukan yang berkualiti seperti Melaka United,
pemain-pemain juga berdepan dengan cabaran kecergasan disebabkan oleh jadual
perlawanan yang padat selain beraksi di bulan Ramadan.
"Saya
puji pemain-pemain saya kerana tetap memberikan komitmen pada tahap terbaik
walaupun ada di kalangan mereka masih lagi dibelenggu kecederaan seperti Rizal
Ghazali dan Fernando Ortega
"Sudah
tentu masih lagi banyak yang perlu dibaiki dan ditingkatkan baik di bahagian
penyudah dan juga bertahan sebagai satu unit. Selepas tewas 3-1 kepada Selangor
sebelum ini dan kembali semula beraksi di Darul Aman untuk kembali bangkit
dalam perlawanan ini bukan satu tugas yang mudah namun pemain-pemain Kedah
berjaya melakukannya," katanya lagi.
Tambahnya,
beraksi di laman sendiri meningkatkan lagi motivasi Lang Merah apabila mendapat
sokongan padu lebih 5,000 penyokong setia malah pemain-pemain muda seperti Mohd
Fazrul Danel Mohd Nizam dan Mohd Fayadh Mohd Zulkifli Amin berjaya menunjukkan
keyakinan tinggi berdepan pemain senior lawan.
SUMBER-Artikel
Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/28860/BERITA/Sukan/Usaha-keras-Lang-Merah-dipuji©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan