MyMetroArena

Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
CEMERLANG memimpin Kedah ke final
Piala Malaysia menyaksikan kaptennya Baddrol Bakhtiar dipanggil semula bagi kem
latihan pusat Harimau Malaya menjelang aksi menentang Tajikistan, Thailand dan
Indonesia.
Baddrol bersama 25 pemain lain
akan menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi aksi persahabatan
antarabangsa bertemu Tajikistan pada 9 November ini seterusnya dua aksi
pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Thailand (14 November) dan
Indonesia (19 November) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Menurut senarai dikeluarkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, jurulatih Tan Cheng Hoe
mengekalkan 19 pemain daripada skuad 23 pemain yang tewas 0-1 kepada Vietnam di
Hanoi, 10 Oktober lalu.
Namun, empat pemain digugurkan
iaitu penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, pertahanan Kuala
Lumpur, Irfan Zakaria serta dua pemain tengah, Akram Mahinan (PKNS FC) dan
Halim Saari (Selangor).
Bagi melengkapkan senarai 26
pemain, Cheng Hoe memanggil tujuh pemain termasuk Nor Azam Azih (Pahang) dan
Shahrel Fikri Fauzi (Perak) yang sebelum ini tercicir daripada senarai akhir 23
pemain ke Hanoi kerana kecederaan.
Semua pemain tersenarai itu akan
melapor diri pada 3 November ini kecuali pemain yang beraksi pada final Piala
Malaysia diberikan kelonggaran untuk hadir sesi latihan pada 4 November.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 30 Oktober 2019 @ 6:40 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan