SUKAN»Bola
Isnin, 13 Ogos
2018 | 4:51pm

BADDROL
Bakhtiar - Foto Mohd Fadli Hamzah
Baddrol mahu
pemain lebih tenang
Oleh Aziman
Rosdi
aziman@nstp.com.my
SEPANG: Kapten
skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Baddrol Bakhtiar mahu rakan sepasukan lebih
tenang untuk mengharungi kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang sekali gus
melupakan terus episod hitam di Shah Alam, Jumaat lalu.
Pemain Kedah
berusia 30 tahun yang dipanggil jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi kuota pemain
lebih umur itu berkata, semua pemain harus menjadikan insiden pergaduhan ketika
menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pengajaran.
“Bagi saya
sendiri, saya jadikan insiden malam itu sebagai pengalaman dan pengajaran,
harap kita lupakan apa yang terjadi dan memberi fokus terhadap kempen Sukan
Asia,” kata pemain tengah itu.
Selain
Baddrol, seorang lagi pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali,26, turut mengisi
kuota pemain lebih umur manakala pertahanan Johor Darul Ta’zim Aidil Zafuan Abd
Radzak, 30, tidak dapat bersama akibat kecederaan.
Dalam aksi
persahabatan di Stadium Shah Alam, pemain dan pegawai UAE bertindak ganas
menyerang pemain dan pegawai skuad negara angkara gagal mengawal emosi selepas
ketinggalan 2-0. Mujur tiada pemain negara mengalami kecederaan dalam insiden
berkenaan.
Skuad
kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berlepas ke Jakarta hari ini sebelum memulakan
kempen Kumpulan E bertemu Kyrgyzstan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Rabu
ini, diikuti aksi bertemu juara bertahan Korea Selatan (17 Ogos) sebelum
menamat perlawanan peringkat awal dengan menentang Bahrain (20 Ogos).
“Saya harap
kemenangan ke atas UAE itu sebagai titik permulaan untuk menentang Kyrgyzstan
pada perlawanan pertama. Kita mahukan tiga mata sebelum berjumpa Korea
Selatan,” kata Baddrol yang pernah membantu skuad B-23 memenangi pingat emas
Sukan SEA Jakarta 2011.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan