Aksi pemain Pulau Pinang, Mohd
Fakris Fisol (depan) ketika menghalang penyerang Kedah pada aksi di Batu Kawan
malam tadi.
KENARI memang hebat.
Mereka terus mengukuhkan
kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas
Pulau Pinang di Stadium Negeri di Batu Kawan malam tadi, lapor NAZATUL SHIMA
RAZALI.
Gol pertama pasukan pelawat
dijaringkan pemain import mereka, Nelson Sam Martin pada minit ke-17 menerusi
tendangan percuma menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Mohd. Faizal Yusoff.
Pada separuh masa kedua, Pulau
Pinang bangkit untuk menyamakan kedudukan dan mereka berjaya menghasilkan dua
gol menerusi jaringan Mohd. Farizal Rozali pada minit ke-50 dan jaringan
sendiri oleh pertahanan Kedah, Victor Andrag pada minit ke-68.
Walaupun ketinggalan satu gol,
anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah itu tidak mahu menyerah kalah dan mereka
terus menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan.
Hasilnya, jaringan yang dicari
diperoleh pada minit ke-61 dan ke-76 menerusi Saramsak Kram dan Badrol
Bakhtiar.
Dengan kemenangan itu, Kedah
kini mengumpul 28 mata menerusi sembilan kemenangan dan satu seri.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_11.htm#ixzz4wNd7WJbD
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan