OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Label
- BADDROL BAKHTIAR2006
- BADDROL BAKHTIAR2007
- BADDROL BAKHTIAR2008
- BADDROL BAKHTIAR2009
- BADDROL BAKHTIAR2010
- BADDROL BAKHTIAR2011
- BADDROL BAKHTIAR2013
- BADDROL BAKHTIAR2014
- BADDROL BAKHTIAR2016
- BADDROL BAKHTIAR2017
- BADDROL BAKHTIAR2018
- BADDROL BAKHTIAR2019
- BADDROL BAKHTIAR2020
- BADROLCHELSEA2008
- GOLBADDROL
Rabu, 25 September 2019
Rabu, 18 September 2019
Keputusan perlawanan Piala Malaysia malam ini
Ke

PEMAIN Kedah cuba mengasak pintu gol Negeri Sembilan dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman semalam ini. - BERNAMA
17 September 2019 11:21 PM
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.
Kedah 4 N. Sembilan 2
PKNS FC 0 Terengganu 2
UiTM FC 1 JDT 2
Ahad, 1 September 2019
PFAM mahu lahir pemain terpelajar

REZAL ZAMBERY YAHYA (depan)
bersama barisan kepemimpinan PFAM bagi sesi 2017-2019.
10 Disember 2017 8:25 PM
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Selain
akan terus memperjuangan hak pemain, melahirkan lebih ramai golongan terpelajar
dalam kalangan pemain bola sepak tempatan antara sasaran utama Persatuan Pemain
Bola Sepak Profesional (PFAM) tahun depan.
Presiden baharu PFAM, Rezal
Zambery Yahya berkata, bagi memastikan pemain mempunyai peluang pekerjaan yang
lebih luas selepas menggantung but, adalah penting untuk mereka memiliki
pendidikan yang formal.
“Pada tahun 2018 PFAM merangka
untuk menambah peluang pendidikan kepada pemain dengan berkerjasama beberapa
institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan pemain mendapat pendidikan
formal yang berguna untuk masa depan mereka.
“Ia juga akan membuka peluang
pekerjaan menerusi penubuhan akademi sendiri yang akan diusahakan oleh PFAM
dengan dikendalikan oleh ahli-ahli PFAM,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Rezal, 39, yang pernah menyarung
jersi skuad kebangsaan sepanjang zaman kegemilangannya bagaimanapun menegaskan,
memperjuangkan hak pemain bola sepak profesional di negara ini akan terus
menjadi agenda PFAM yang ditubuhkan empat tahun lalu, apatah lagi Liga Malaysia
(Liga M) belum ‘bersih’ sepenuhnya daripada isu kontrak serta gaji pemain.
Justeru, penubuhan National
Dispute Resolution Chamber (NDRC) yang bertindak sebagai tribunal timbangtara
khas tahun depan diharap dapat menyelesaikan isu-isu kontrak pemain.
“Kami akan mempergiat usaha untuk
memperbaiki kontrak pemain di Malaysia dan bekerjasama dengan FAM (Persatuan
Bola Sepak Malaysia) untuk menubuhkan NDRC iaitu tribunal timbangtara khas
untuk isu-isu kontrak pemain.
“Masih ada isu yang belum
selesai, dalam perhatian Jawatankuasa Status FAM dan FIFA (Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa). Harap pada 2018 kami dapat menyelesaikan lebih banyak kes
berkaitan tunggakan gaji dan kontrak pemain.
“Isu yang sering dingkitkan oleh
ahli adalah tunggakan gaji dan penamatan kontrak pemain secara tidak adil. Kami
di PFAM merasakan sudah tiba masanya pasukan mengambil serius perkara ini
supaya profesionalisme dalam bola sepak Malaysia dapat diangkat, seiring dengan
usaha FAM yang ingin memastikan setiap pasukan mempunyai tatacara pentadbiran
yang tersusun, selari dengan Peraturan Pelesenan Kelab,” katanya lagi. - UTUSAN
ONLINE 10 Disember 2017 8:25 PM
AHLI JAWATANKUASA PFAM SESI
2017-2019
PRESIDEN
Rezal Zambery Yahya
TIMBALAN PRESIDEN
Hairuddin Omar
SETIAUSAHA
Ahmad Fauzi Saari
BENDAHARI
Rudie Ramli
AHLI JAWATANKUASA
Mohd. Fairuz Abdul Aziz
Shahrom Kalam
Mohd Razman Roslan
Baddrol Bakhtiar
SUMBER-UTUSAN ONLINE
Baddrol Bakhtiar Kedah dominasi ABK

BADDROL BAKHTIAR bersama tiga
trofi yang dimenanginya dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 di
Petaling Jaya semalam. -UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Rozaidi Zulkifli
23 Disember 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kedah
berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi majlis Anugerah Bola Sepak
Kebangsaan (ABK) 2017 dengan merangkul sembilan daripada 22 anugerah yang
ditawarkan dalam majlis yang berlangsung di sini malam ini.
Pemain berpengalaman Baddrol
Bakhtiar (gambar) paling mencuri tumpuan apabila meraih tiga anugerah utama
dalam majlis tersebut apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai, Pemain
Tengah Terbaik 2017 dan Penjaring Terbanyak Liga Super (tempatan).
“Sukar menggambarkan perasaan
saya. Saya rasa berbelah bahagi antara gembira dan sedih. Gembira kerana
dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan sedih kerana gagal bantu Kedah
mempertahankan Piala Malaysia.
“Kejayaan ini akan menjadi
perangsang untuk saya terus beraksi cemerlang pada musim akan datang dan terus
membantu pasukan Kedah meraih lebih banyak kecemerlangan,” katanya kepada
wartawan selepas majlis.
Dalam pada itu, dua lagi rakan
sepasukan Baddrol dalam skuad Lang Merah iaitu Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih
sebagai Penjaga Gol Terbaik manakala Liridon Krasniqi dari Kosovo memenangi
anugerah Pemain Import Terbaik.
Liridon turut dipilih sebagai
pemenang anugerah Pemain Paling Popular dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Sementara itu, anugerah Penyokong
Terbaik dan Pasukan Terbaik turut dimenangi oleh juara Piala FA itu, malah
anugerah Media Sosial Terbaik juga menjadi milik Kedah.
Pencapaian Kedah tahun ini adalah
menjadi juara Piala Sumbangsih, Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan
menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat liga.
Pemilihan dilakukan menerusi
undian oleh jurulatih pasukan, ketua pasukan dan 20 wakil media.SUMBER-UTISAN
ONLINE 23 Disember 2017 3:00 AM
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar (kanan) menjaringkan gol pertama

fotoBERNAMA (DIGI) HAK CIPTA
TERPELIHARA
23 Mei 2018 1:07 AM
KAPTEN Kedah Baddrol Bakhtiar
(kanan) menjaringkan gol pertama skuad Lang Merah pada separuh masa perlawanan
menentang Pahang dalam Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.- BERNAMA
sumber-utusan online 23 Mei 2018 1:07 AM
BADDROL BAKHTIAR antara pemain senior yang dipanggil untuk mengisi kuota tiga pemain lebih usia
FARIZ RUSADIO
28 Julai 2018 11:59 PM

BADDROL BAKHTIAR antara pemain
senior yang dipanggil untuk mengisi kuota tiga pemain lebih usia dalam skuad ke
Sukan Asia.
SUMBER- UTUSAN ONLINE 28 Julai
2018 11:59 PM
PENGALAMAN Baddrol Bakhtiar (kiri) diperlukan untuk merancang pergerakan skuad nega
Achmad Ibrahim
21 Ogos 2018 9:11 PM

PENGALAMAN Baddrol Bakhtiar
(kiri) diperlukan untuk merancang pergerakan skuad negara apabila bertemu Jepun
dalam pusingan kedua Jumaat ini.
SUMBER-UTUSAN ONLINE 21 Ogos 2018
9:11 PM
Penalti pemusnah harapan

PEMAIN Malaysia kecewa selepas
kalah 0-1 kepada Jepun dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Patriot
Chandabhaga di Bekasi malam tadi. utusan
25 Ogos 2018 3:00 AM
JAKARTA 24 Ogos - Sepakan penalti
Ayase Ueda pada minit ke-89 meranapkan impian skuad bawah 23 tahun negara
(B-23) untuk melangkah ke suku akhir bola sepak lelaki Sukan Asia 2018 apabila
tewas tipis 1-0 kepada Jepun dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Patriot
Chandrabhaga, hari ini.
Keputusan itu bermakna sasaran
yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap skuad B-23
negara tidak tercapai namun pujian wajar diberikan kepada pasukan kendalian
Datuk Ong Kim Swee kerana berjaya mempamer aksi bertenaga sebelum tewas kepada
Jepun yang menurunkan skuad Sukan Olimpik 2020.
Kim Swee berkata, walaupun kalah
namun anak didiknya wajar berbangga setelah mereka memberikan sepenuh komitmen
dan bekerja keras sepanjang permainan tetapi nasib tidak menyebelahi.
“Jepun ialah pasukan yang sangat
kuat dan tidak mengalah.
“Pemain saya telah beraksi sebaik
mungkin dan menandingi Jepun hingga minit ke-85 namun kesilapan kecil yang kita
lakukan, selain kegagalan menyudahkan peluang keemasan menyebabkan kami tewas.
“Kita juga tidak bernasib baik
dalam 20 minit terakhir kerana kita melancarkan banyak serangan namun tidak
berhasil, termasuk sepakan Safawi yang terkena tiang,” katanya selepas
perlawanan.
Skuad negara terlebih dahulu
melancarkan serangan ke atas pasukan lawan apabila memperoleh peluang seawal
minit ke-11 tetapi percubaan Safawi Rasid sedikit melepasi palang gol.
Skuad negara sekali lagi
memperoleh peluang kedua bagi mendapatkan jaringan menerusi rembatan kapten
Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 namun ditepis penjaga gol Jepun, Kojima
Ryosuke.
Serangan terbaik Jepun hadir pada
minit ke-34 hasil tendangan penyerang Reo Hatate namun kecekapan penjaga gol
negara Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi.
Skuad negara menguasai babak
kedua perlawanan apabila lebih banyak melakukan asakan ke kubu Samurai Biru dan
semakin kerap membuat percubaan namun akhirnya malang menimpa skuad muda
Harimau Malaya apabila pengadil dari Iran, Heidari Bijan menghadiahkan sepakan
penalti kepada Jepun pada minit ke-89 selepas kekasaran yang dilakukan oleh
Dominic Tan ke atas Ueda.
Ueda tidak sukar untuk
mengelirukan Haziq yang menerkam ke arash yang salam ketika bola menerjah
sebelah kanan gawangnya untuk memberikan gol kemenangan Jepun.
Kekalahan ini bermakna pencapaian
terbaik skuad negara dalam kempen Sukan Asia ialah meraih pingat gangsa pada
1974 di Tehran dan 1962 di Jakarta. –SUMBER UTUSAN 25 Ogos 2018 3:00 AM
Kedah mahu julang Piala Unity Shield edisi pertama
Piala Unity Shield

menunjukkan piala Unity Shield
pada sidang akhbar, hari ini. Turut hadir, Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin
Sahak (kiri) dan Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic (kanan). - UTUSAN
ONLINE/FARIZ RUSADIO
MUHAMAD AIMY AHMAD
11 Januari 2019 5:39 PM
ALOR SETAR 11 Jan. - Di sebalik
kontroversi melanda bintang muda Kedah, Muhammad Akyhar Rashid, Lang Merah mahu
memulakan kempen Liga Malaysia pada tahun ini dengan menjuarai Piala Unity
Shield yang julung-julung kali diperkenalkan dalam pertemuan menentang Perak di
Stadium Darul Aman, Ahad ini.
Kejuaraan edisi pertama yang
dianjurkan antara kedua-dua badan induk bola sepak itu akan diadakan secara
giliran dengan Kedah akan menjadi tuan rumah kali ini, diikuti pertembungan di
Perak tahun depan.
Menyuarakan keyakinan, Kapten
Lang Merah, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau dan rakan-rakan termasuk barisan
pemain import baharu akan mempamerkan persembahan bermutu di hadapan penyokong
sendiri dan seterusnya menjulang piala yang melambangkan perpaduan antara
kedua-dua pasukan itu.
"Apa yang kita tahu Perak
adalah pasukan kuat yang dibarisi pemain kebangsaan dan jurulatih berkualiti,
manakala Kedah boleh dikatakan ada perubahan baharu dengan suasana, semangat
dan kombinasi yang berbeza.
"Jadi, apa yang penting kami
akan bermain dengan baik, berikan apa yang kami ada kerana Kedah mahu menjulang
piala ini sebagai edisi permulaan di Darul Aman," katanya dalam sidang akhbar
memperkenalkan piala tersebut di sini hari ini.
Bagi pengendali Kedah, Aidil
Sharin Sahak, skuadnya mengambil serius perlawanan tersebut dan anak-anak
buahnya akan memberi tentangan sengit kepada Perak yang merupakan juara
bertahan Piala Malaysia.
"Apa yang saya harapkan
daripada pemain dalam sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebelum ini akan
diterjemahkan dalam pertembungan menentang Perak, malah kami juga akan
menurunkan pemain-pemain import baharu yang pastinya dinanti-nantikan
penyokong.
"Persiapan rapi telah
diadakan untuk pertemuan ini kerana perlawanan ini juga adalah ujian yang
terbaik kepada pasukan dan saya berharap keputusan baik akan memihak kepada
Kedah," katanya.
Sementara itu, jurulatih Perak,
Mehmet Durakovic mengganggap Piala Unity Shield tidak berbeza dengan
kejohanan-kejohanan utama lain dalam Liga Malaysia dan skuad Bos Gaurus
bersedia mempamerkan persembahan berkualiti dalam perlawanan itu.
"Terima kasih kepada
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kerana menjemput kami untuk berada dalam
sebahagian perlawanan ini, kami amat menghargainya dan menyokong idea
pengenalan Piala Unity Shield antara pasukan Perak dan Kedah.
"Perak akan menurunkan
barisan terbaik dalam perlawanan itu dan bermain dengan penuh semangat untuk
mendapatkan keputusan yang baik," katanya.
Kapten Perak, Nazirul Naim Che
Hashim pula berkata, keserasian pasukan yang dibarisi kebanyakan pemain tahun
lalu tidak akan menimbulkan masalah besar untuk memberi tentangan dalam
perlawanan itu memandangkan mereka sudah mengenali corak permainan
masing-masing.
Peminat kedua-dua pasukan yang
mahu menyaksikan perlawanan itu boleh mendapatkan tiket terbuka berharga RM10
dan RM20 bagi astaka utama yang akan mula dijual pada pukul 10 pagi, Ahad ini.
-SUMBERB UTUSAN ONLINE11 Januari 2019 5:39 PM
Kedah mahu kekalkan rekod tanpa bolos di laman sendiri

PEMAIN Kedah sudah bersedia untuk
memberi cabaran kepada JDT dalam aksi 'buku bertemu ruas' di Alor Setar, esok.
27 Mac 2019 7:02 PM
KUALA LUMPUR 27 Mac - Kapten
Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap skuad Lang Merah dapat mempertahankan rekod
tanpa bolos bermain di laman sendiri menjelang aksi getir bertemu juara
bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, Alor Setar
Jumaat ini.
Baddrol bagaimanapun menyedari,
ia bukan satu tugas yang mudah buat Kedah ketika berdepan juara Piala AFC 2015
itu yang memiliki rekod jaringan ampuh selepas menyaksikan JDT meledak 16 gol
sepanjang 6 perlawanan musim ini.
Jelas pemain tengah berusia 31 tahun
itu, dia berharap tuah bermain di laman sendiri akan memihak kepada Lang Merah
dalam misi mengejar Harimau Selatan yang kini mengumpul 16 mata.
Sebagai rekod, Kedah mencatatkan
kemenangan 4-0 ke atas Felda United dan seri tanpa jaringan bertemu PKNS FC
sepanjang bermain di Stadium Darul Aman.
“Sudah pasti aksi bertemu JDT
sentiasa memberikan saingan dan saya berharap kami masih berupaya
mempertahankan rekod tanpa bolos di (Stadium) Darul Aman nanti.
“Ia sedikit sebanyak memberikan
motivasi kepada kami tetapi kami sedar bahawa ia bukan satu tugas yang mudah
apabila JDT memiliki rekod jaringan yang lebih baik tetapi kami telah bersedia
untuk memberikan cabaran dalam misi merakamkan keputusan positif,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Baddrol
juga mahu pertemuan skuad Harimau Selatan dapat dijadikan titik permulaan
kebangkitan Kedah selepas mereka tewas 0-1 kepada Pahang di Stadium Darul
Makmur, Kuantan 8 Mac lalu.
“Kedah mahu kekal lebih konsisten
dan saya akui kecewa apabila kami tewas kepada Pahang pada perlawanan terdahulu
dan sudah pasti Kedah mahu mendapatkan tiga mata bertemu JDT.
“Bagaimanapun harus diingatkan
bahawa JDT adalah antara salah satu pasukan terbaik negara dan seperti saya
katakan tadi, ia bukan satu tugas yang mudah tetapi dalam masa yang sama kami
tetap berusaha untuk mencapai satu keputusan positif itu nanti.
“Lebih tepat, kami berharap dapat
mengelakkan kekalahan ketika bermain di laman sendiri,” ujarnya.
Kedah yang meraih 11 mata dan
menduduki tangga ketiga Liga Super, kini ketinggalan tiga mata di belakang
Pahang (14 mata) dan lima mata di belakang JDT.-SUMBER UTUSAN ONLINE 27 Mac
2019 7:02 PM
Baddrol, Aidil puji mutu pengadilan pengadil Jepun

PENGADIL dari Jepun, Okabe Takuto
melayangkan kad kuning kepada pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada final Piala
FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
28 Julai 2019 5:39 PM
KUALA LUMPUR - Kapten Kedah,
Baddrol Bakhtiar menghamburkan pujian kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas berani membuat keputusan meletakkan
tiga pengadil dari Jepun di pentas akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional
Bukit Jalil (SNBJ).
Jelas Baddrol, dia optimis
kehadiran pegawai pertandingan daripada negara Asia itu bukan sahaja membuka
mata ramai pihak sebaliknya turut mengajar pemain-pemain khususnya pemain dari
Kedah dan Perak.
Semalam, Kedah dinobatkan sebagai
juara baharu Shopee Piala FA 2019 selepas menewaskan Kedah hasil jaringan
tunggal pemain muda, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.
Di sebalik kemenangan skuad Lang
Merah tersebut, pemerhati bola sepak turut memuji persembahan pengadil utama,
Tukato Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura
Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan.
Ketika ditanya pengalaman bermain
dengan kelibat pengadil asing buat julung kali, Baddrol mengakui ketenangan
Okabe dalam menilai setiap insiden membuatkannya semakin teruja untuk beraksi
dengan lebih baik.
“Saya mahu memuji (prestasi)
pengadil malam ini (semalam) kerana beliau begitu pandai mengendalikan
perlawanan.
“Apa yang pasti, pemain-pemain
Kedah dan Perak sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripara beliau,”
katanya pada sidang akhbar malam tadi.
Dalam perkembangan sama,
jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak turut senada dengan Baddrol, memberitahu
kecemerlangan Okabe mengendali aksi final Shopee Piala FA 2019 menjadikan
suasana perlawanan akhir dengan lebih baik.
“Saya fikir (Okabe) sangat adil
dan sangat tegas dalam membuat keputusan.
“Saya menganggap beliau telah
melakukan kerja yang sangat baik sepanjang 120 minit di mana ada beberapa
situasi beliau tidak meniupkan wisel dan meneruskan permainan.
Langgan:
Catatan (Atom)