
BADDROL BAKHTIAR bersama tiga
trofi yang dimenanginya dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 di
Petaling Jaya semalam. -UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Rozaidi Zulkifli
23 Disember 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Kedah
berada dalam kelas tersendiri apabila mendominasi majlis Anugerah Bola Sepak
Kebangsaan (ABK) 2017 dengan merangkul sembilan daripada 22 anugerah yang
ditawarkan dalam majlis yang berlangsung di sini malam ini.
Pemain berpengalaman Baddrol
Bakhtiar (gambar) paling mencuri tumpuan apabila meraih tiga anugerah utama
dalam majlis tersebut apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai, Pemain
Tengah Terbaik 2017 dan Penjaring Terbanyak Liga Super (tempatan).
“Sukar menggambarkan perasaan
saya. Saya rasa berbelah bahagi antara gembira dan sedih. Gembira kerana
dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dan sedih kerana gagal bantu Kedah
mempertahankan Piala Malaysia.
“Kejayaan ini akan menjadi
perangsang untuk saya terus beraksi cemerlang pada musim akan datang dan terus
membantu pasukan Kedah meraih lebih banyak kecemerlangan,” katanya kepada
wartawan selepas majlis.
Dalam pada itu, dua lagi rakan
sepasukan Baddrol dalam skuad Lang Merah iaitu Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih
sebagai Penjaga Gol Terbaik manakala Liridon Krasniqi dari Kosovo memenangi
anugerah Pemain Import Terbaik.
Liridon turut dipilih sebagai
pemenang anugerah Pemain Paling Popular dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Sementara itu, anugerah Penyokong
Terbaik dan Pasukan Terbaik turut dimenangi oleh juara Piala FA itu, malah
anugerah Media Sosial Terbaik juga menjadi milik Kedah.
Pencapaian Kedah tahun ini adalah
menjadi juara Piala Sumbangsih, Piala FA, naib juara Piala Malaysia dan
menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat liga.
Pemilihan dilakukan menerusi
undian oleh jurulatih pasukan, ketua pasukan dan 20 wakil media.SUMBER-UTISAN
ONLINE 23 Disember 2017 3:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan