Ahad, 1 September 2019

Baddrol, Aidil puji mutu pengadilan pengadil Jepun


PENGADIL dari Jepun, Okabe Takuto melayangkan kad kuning kepada
PENGADIL dari Jepun, Okabe Takuto melayangkan kad kuning kepada pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada final Piala FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
28 Julai 2019 5:39 PM

KUALA LUMPUR - Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar menghamburkan pujian kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas berani membuat keputusan meletakkan tiga pengadil dari Jepun di pentas akhir Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jelas Baddrol, dia optimis kehadiran pegawai pertandingan daripada negara Asia itu bukan sahaja membuka mata ramai pihak sebaliknya turut mengajar pemain-pemain khususnya pemain dari Kedah dan Perak.


Semalam, Kedah dinobatkan sebagai juara baharu Shopee Piala FA 2019 selepas menewaskan Kedah hasil jaringan tunggal pemain muda, Fazrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.

Di sebalik kemenangan skuad Lang Merah tersebut, pemerhati bola sepak turut memuji persembahan pengadil utama, Tukato Okabe yang turut dibantu dua penjaga garisan, Yagi Akane dan Nomura Osamu boleh dianggap cemerlang sepanjang perlawanan.

Ketika ditanya pengalaman bermain dengan kelibat pengadil asing buat julung kali, Baddrol mengakui ketenangan Okabe dalam menilai setiap insiden membuatkannya semakin teruja untuk beraksi dengan lebih baik.

“Saya mahu memuji (prestasi) pengadil malam ini (semalam) kerana beliau begitu pandai mengendalikan perlawanan.

“Apa yang pasti, pemain-pemain Kedah dan Perak sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripara beliau,” katanya pada sidang akhbar malam tadi.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak turut senada dengan Baddrol, memberitahu kecemerlangan Okabe mengendali aksi final Shopee Piala FA 2019 menjadikan suasana perlawanan akhir dengan lebih baik.

“Saya fikir (Okabe) sangat adil dan sangat tegas dalam membuat keputusan.

“Saya menganggap beliau telah melakukan kerja yang sangat baik sepanjang 120 minit di mana ada beberapa situasi beliau tidak meniupkan wisel dan meneruskan permainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan