Rabu, 16 Oktober 2019

Aksi memukau


MyMetroNode
 
Oleh Bashah Zainol Abidin
sukan@hmetro.com.my
Alor Setar: Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe pantas mengucapkan tahniah kepada anak buahnya selepas mempamer aksi meyakinkan ketika menundukkan pendahulu Liga Perdana T-Team 2-0 di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Menurutnya, itulah persembahan sangat diinginkan pucuk pimpinan Kedah selama ini dan kejayaan itu membolehkan Helang Merah menduduki persada liga buat kali pertama musim ini.

“Saya tidak perlu bercakap banyak kerana semua pemain tahu dan sedar apa yang perlu mereka lakukan untuk memastikan kemenangan pada aksi akan datang. Kejayaan ini sangat kami idamkan apatah lagi berlaku di gelanggang lawan dan membolehkan kami menduduki tangga teratas liga.

“Inilah corak permainan kami mahukan dan boleh berbangga apabila meleburkan rekod cemerlang T-Team selama ini.

“Saya puas hati dengan prestasi penjaga gol (Abdul Hadi) yang mempamer permainan terbaiknya sepanjang musim ini dan dia menghampakan beberapa cubaan bahaya barisan penyerang T-Team untuk memastikan kami pulang dengan tiga mata,” katanya.

Beliau berkata, mereka perlu mengekalkan kedudukan selaku pendahulu walaupun sedar ia pasti lebih sukar berbanding mengejar pasukan lain.

Cheng Hoe turut lega kerana Muhammad Farhan Roslan sudah menemui sentuhan penyudah dan ia hadir pada masa tepat ketika Kedah kehilangan khidmat Chidi Edeh yang cedera.

“Sandro da Silva Mendonca juga sudah kembali menyengat selepas gagal menjaringkan gol sepanjang dua aksi sebelum ini dan kelicikan Liridon Krasniqi menjadi faktor utama kita berjaya menguasai bahagian tengah untuk terus menekan pertahanan lawan.

“Baddrol Bakhtiar turut mempamer permainan cemerlang semalam (kelmarin) selepas pulih dari kecederaan pangkal paha dan dua umpanan cantiknya menghasilkan gol buat Kedah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 8:47 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan