MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
PELUANG Kedah melangkah ke
peringkat suku akhir Piala Malaysia kembali cerah selepas berjaya menewaskan
PKNS FC 3-2 pada aksi kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar
tadi.
Walaupun Kedah ketinggalan dua
kali, namun dua gol jaringan Jonatan Bauman dan satu gol oleh Aliff Yusof
kembali membangkitkan semangat penyokong yang mengharapkan kemenangan selepas
gagal mengutip mata penuh dalam dua perlawanan sebelum ini.
PNKS mengejutkan Kedah apabila
pemain tengah Romel Morales melakukan percubaan luar kotak penalti menewaskan
Ifwat Akmal.
Lima minit sebelum tamat separuh
masa pertama Kedah cuba bangkit memburu gol penyamaan melalui percubaan Baddrol
Bakhtiar dari ruang kanan gawang namun sepakannya mudah diselamatkan Tauffik Ar
Rashid.
Babak kedua, Kedah kembali ceria
apabila pemain import Jonatan Bauman menjaringkan gol penyamaan selepas menolak
bola berpunca sepakan percuma Edgar Bernhardt minit ke-49.
Serangan bertali arus Kedah gagal
menambah gol dan kesempatan itu diambil PKNS FC pada minit ke-69 untuk menambah
gol kedua melaui tandukan Nicholas Swirad yang berpunca dari sepakan penjuru
oleh Akram Mahinan.
Kedah boleh menarik nafas lega
apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-78 hasil tandukan
Jonatan Bauman yang mendapat umpanan daripada Baddrol Bakhtiar.
Dihujung babak kedua Kedah
melenyapkan impian memungut tiga mata PKNS apabila berjaya menambah gol ketiga
melalui percubaan sepakan deras pemain pertahanan Aliff Yusof hasil tolakan
Jonatan Bauman dan seterusnya memastikan tiga mata milik skuad Lang Merah.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 20 Ogos 2019 @ 11:18 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan