MyMetroArena

Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
TAHUN 2017 jelas menjadi detik
gemilang buat perancang tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar apabila meraih tiga
anugerah termasuk anugerah utama, Pemain Paling Bernilai dalam majlis Anugerah
Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK 2017) yang berlangsung di sini, sebentar tadi.
Selain meraih anugerah utama ABK
2017 itu, pemain tengah kebangsaan itu turut dinobatkan sebagai Pemain Tengah
Terbaik dan Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super musim ini dengan menyumbat
sembilan gol.
SATHIANATHAN (tengah) memantau
terima anugerah Jurulatih Terbaik.
Pengiktirafan yang diterima
pemain berusia 29 tahun itu susulan kejayaannya membantu Helang Merah merangkul
Piala Sumbangsih dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) selain muncul juara
Piala FA dengan menundukkan Pahang.
Tidak cukup dengan kejayaan
Baddrol itu, pasukan Kedah juga mendominasi dua lagi anugerah apabila penjaga
golnya, Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik, manakala
perancang tengah dari Kosovo, Liridon Krasniqi dinobatkan Pemain Import Terbaik.
LIRIDON terima anugerah Pemain
Import Terbaik dan Pemain Paling Popular manakala penyokong terbaik milik
Kedah.
Kedah terus mendominasi majlis
anugerah itu apabila turut meraih tiga anugerah sampingan iaitu Penyokong
Terbaik, Pasukan Terbaik selain Krasniqi turut dinobatkan sebagai Pemain Paling
Popular musim ini.
Baddrol ketika ditemui berkata,
anugerah terbabit memang sudah lama menjadi impiannya dan kini dia mengakui
puas selepas berjaya merangku gelaran Pemain Paling Bernilai itu.
“Saya bersyukur kepada Allah dan
saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong
perjalanan karier saya.
“Anugerah ini sudah pasti akan
menjadi pemangkin semangat untuk saya memberikan aksi yang lebih baik pada masa
akan datang,” katanya.
Sementara itu, anugerah Pemain
Pertahanan Terbaik menjadi milik bek kanan Pahang, Matthew Davies sementara
penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri menewaskan Amri Yahyah dan Syafiq Ahmad untuk
merangkul anugerah Penyerang Terbaik.
Seperti dijangka, bekas jurulatih
kebangsaan, B Sathianathan yang mengendalikan FELDA United muncul selaku
Jurulatih Terbaik sementara bekas pertahanan Selangor yang menyertai skuad
Harimau Selatan musim depan, Adam Nor Azlin meraih gelaran Pemain Muda Harapan.
ADAM (dua dari kiri) rangkul
anugerah Pemain Muda Harapan.
Bagi anugerah lain, pemain import
JDT, Mohammed Ghaddar mengesahkan status selaku penggempur berbisa Liga Super
dengan 23 gol sekali gus melayakkan penyerang Lubnan itu merangkul gelaran
Penjaring Terbanyak Liga Super.
Penjaring Terbanyak Liga Perdana
pula menjadi milik penyerang Kuala Lumpur, Guillherme de Paula yang
menjaringkan 27 gol buat skuad The Hawks itu.
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga
Perdana pula menjadi milik penyerang Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff yang
meledak 15 gol sementara pendatang baharu Liga Perdana, T-Team FC dianugerahkan
Anugerah Fair Play.
GHADDAR (kanan) terima anugerah
Ghaddar Penjaring Terbanyak Import Liga Super.
Senarai Pemenang ABK 2017
Pemain Paling Bernilai
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Penjaga Gol Terbaik
Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)
Pertahanan Terbaik
Matthew Davies (Pahang)
Pemain Tengah Terbaik
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Penyerang Terbaik
Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC)
Pemain Import Terbaik
Liridon Krasniqi
Pemain Muda Harapan
Adam Nor Azlin (Selangor)
Jurulatih Terbaik
B Sathianathan (FELDA United)
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga
Super
Baddrol Bakhtiar
Penjaring Terbanyak Import Liga
Super
Mohammed Ghaddar
Penjaring Terbanyak Tempatan Liga
Perdana
Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan
FA)
Penjaring Terbanyak Import Liga
Perdana
Guillherme de Paula (Kuala
Lumpur)
Pemain Paling Popular
Liridon Krasniqi (Kedah)
Pemain Paling Mesra
N Thanabalan (FELCRA FC)
Anugerah Komuniti
Sunny Shalesh (Pan-Disability
Football Malaysia)
Anugerah Fair Play
T-Team
Penyokong Terbaik
Kedah
Pasukan Bola Sepak Terbaik
Kedah
Laman Web Terbaik
Selangor
Laman Sosial Terbaik
Kedah
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 22 Disember 2017 @ 11:04 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan