MyMetroNode
Oleh Bashah Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Kedah membawa bekalan
selesa ke Stadium Darul Makmur, apabila menang 3-1, ke atas Pahang dalam
saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, di sini,
malam tadi
Kedah menjaringkan gol pertama
menerusi Namkung Woong dari luar kotak penalti pada minit ke-9, sekali gus
menewaskan penjaga gol Pahang Khairul Azhan.
Bagaimanapun, Pahang yang
melakukan beberapa percubaan masih gagal memecah kekebalan benteng Kedah
sebelum separuh masa pertama tamat dengan jaringan Kedah mendahului Pahang,
1-0.
Sebaik wisel separuh masa kedua
bermula, Pahang melakukan serangan bertali arus tetapi gagal mendapatkan gol.
Ketika rentak Pahang mula kemas,
pelawat tersentak dengan gol kedua Kedah menerusi sepakan kencang Farhan Roslan
pada minit ke-49 hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.
Skuad Tok Gajah akhirnya
menjaringkan gol sulung mereka menerusi sepakan percuma Matias Conti pada minit
ke-90.
Bagaimanapun, Kedah menyahut gol
lawan dengan menambah gol ketiga menerusi sentuhan pemain gantian, Kyril
Muhymeen, hasil lorongan Syafiq Ahmad pada terakhir permainan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 19 Oktober 2014 @ 11:29 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan