SUKAN»Bola
Sabtu, 25 Mei 2019 | 2:11pm

BADDROL Bakhtiar
Kedah tak ketar lutut tanpa
Baddrol
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR : Kedah tidak akan
lemah semangat menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super biarpun
tanpa Baddrol Bakhtiar ketika kunjungan Lang Merah ke Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, malam esok.
Menurut Pengurus Pasukan Kedah,
Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, walaupun skuad Kedah akan turun tanpa Baddrol yang
menjalani penggantungan kad kuning pada perlawanan kali ini, semua rakan
seperjuangannya tidak akan melunturkan semangat, sebaliknya mahu terus bekerja
sebagai satu pasukan memburu tiga mata di Larkin.
"Pemain sudah bertekad
bekerja sebagai satu pasukan dan mahu membuktikan semangat juang mencari kemenangan seperti yang
diharapkan."
"Ketiadaan kapten Baddrol
Bakhtiar memang akan dirasai tambahan pula dalam perlawanan menentang pasukan
teratas liga seperti JDT, namun saya percaya semua pemain lain tetap
fokus."
Dalam pada itu, Al Naliq menepis
anggapan bahawa Kedah kini lebih memberi fokus kepada saingan Piala FA
berbanding Liga Super memandangkan Kedah sudah ke peringkat separuh akhir musim
ini.
"Memang kami memberi fokus
dalam saingan Piala FA kerana atas kertas kami memiliki peluang yang cerah
untuk ke peringkat akhir, namun kami juga tetap fokus dan berjuang
berhabis-habisan untuk perlawanan liga untuk kekal di kelompok teratas.
Al-Naliq Hasmi juga berharap
semua pemain skuad Lang Merah lebih berwaspada untuk aksi kali ini berbanding
keputusan seri yang dicatatkan di Darul Aman hujung Mac lalu yang
berkesudahan seri 1-1.
"Walaupun beraksi di tempat
lawan, saya percaya kepada semua pemain yang akan dipilih oleh ketua jurulatih
bersedia untuk memberi aksi terbaik mereka pada perlawanan menentang JDT kali
ini." katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 25 Mei 2019 | 2:11pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan