MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

KETUA pasukan Kedah Baddrol
Bakhtiar mahu pemain Kedah mengikat semua pemain Pahang yang dilihat mampu
memberi ancaman bahaya ke pintu gol mereka pada aksi separuh akhir pertama
Piala Malaysia di Stadium Darul Aman Sabtu ini.
Malah pemain penuh pengalaman dan
turut digelar 'The Sniper' atau pakar rembatan jarak jauh ini tidak menganggap
individu tertentu sahaja seperi Dickson Nwakaeme, Lazarus Kaimbi dan Mohamadou
Sumareh yang perlu menjadi tumpuan, tetapi sebaliknya semua pemain lain juga
perlu diikat dari bergerak bebas.
"Bukan sorang dua sahaja
yang kita kena jaga dan kawal rapi, tapi semua pemain Pahang perlu kita awasi
kerana mereka yang lain juga berpotensi melakukan kejutan ke pintu gol Kedah
dan sedikit sahaja kesilapan jika kita leka, boleh merugikan pasukan."
"Impian kami adalah untuk
mengelak bolos dan seterusnya mencari bekalan gol selesa untuk dibawa ke
Stadium Darul Makmur selepas ini dan kami perlu terus fokus sepanjang 90 minit
perlawanan untuk mengelak laluan berliku di tempat lawan nanti."
"Namun saya yakin melalui
kerja keras serta dorongan jurulatih dalam latihan dan persiapan yang telah dan
sedang kami jalani sekarang ini, kami mahu terus pertingkatkan keupayaan kami
dalam semua posisi berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini."
Baddrol juga mengakui semangat
serta motivasi dalam skuad Kedah bimbingan Aidil Sharin Sahak kini melonjak
lebih tinggi selepas skuad Lang Merah berjaya menjuarai Kumpulan A dan seterusnya
layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia pada musim ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 16 Oktober 2019 @ 12:51 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan