MyMetroArena

Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab
Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap
Baddrol Bakhtiar sebagai legenda sebenar pasukan Kedah.
“Legenda sebenar Kedah.
Penghormatan yang besar buat Baddrol Bakhtiar,” kata Tunku Ismail di Twitter
miliknya yang turut dimuat naik bersama gambarnya dan Baddrol, hari ini.
Walaupun tidak menyatakan dengan
jelas, namun kenyataan Tunku Ismail itu dilihat seakan ditujukan kepada tonggak
import Kedah, Liridon Krasniqi yang sebelum ini menggelar dirinya sebagai
legenda.
Terdahulu, menerusi Twitter sama,
Tunku Ismail yang juga Tunku mahkota Johor (TMJ) memuat naik gambar Liridon
bersama Junior Eldstal berserta kenyataan: “Saya tidak pernah melihat mana-mana
pemain bola sepak menggelar dirinya sebagai legenda.
“Legenda memberi inspirasi,
legenda memenangi trofi, legenda tidak menyalahkan orang lain dan legenda tidak
bergaduh dengan rakan sepasukan. Baddrol adalah legenda sebenar Kedah,” tambah
TMJ.
Liridon mencetuskan kontroversi
selepas dia didakwa mengecam Nidzam Adzha Yusoff dengan menganggap pengendali
Kedah itu sebagai pengecut dalam Instagram miliknya, semalam namun kenyataan di
ruangan Insta Story itu dipercayai sudah dipadam.
Malah, Liridon menerusi Instagram
turut menggelar dirinya sebagai legenda dalam satu kenyataan yang ditujukan
kepada penyokong Helang Merah.
“Kepada keluarga (penyokong)
Kedah, tolong dengar elok-elok. Ini legenda anda - Matdon (Liridon) bercakap.
“Saya bangga dan bersyukur kerana
dapat mewakili kelab untuk tempoh empat tahun yang menakjubkan. Saya datang ke
kelab ini dengan tiada apa-apa dan akhirnya menjadi seseorang dengan bantuan
anda,” katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 19 September 2018 @ 9:27 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan